Page 613 - Proceedings Collega2023
P. 613

Metod Kajian

                Kajian ini bertujuan untuk mencari dan menghuraikan citra wanita dalam roman  Sabai nan Aluih dan
               novel Senandung Sabai. Kaedah yang digunakan dalam penyelidikan ini menggunakan kajian deskriptif
               kualitatif. Pendekatan deskriptif kualitatif dalam kajian ini merupakan prosedur penyelidikan dengan hasil
               penyajian data deskriptif berupa teks pada kedua karya sastra tersebut.
                       Prosedur analisis dilakukan dengan membaca dan menyusun teks yang menunjukkan citra wanita
               Sabai pada  kedua-dua karya sastera. Kemudian citra wanita ini dianalisis dengan menggunakan teori
               feminis Sugihastuti.



               Dapatan dan Perbincangan
               Dapatan

                       Kajian  mengenai  roman  Sabai  Nan  Aluih  tidak  dijumpai.  Penulis  hanya  menemukan  kajian
               mengenai  perbandingan  naskhah  randai  Sabai  nan  Aluih  oleh  Nurul  Ain  (2017).  Nurul  Ain  mengkaji
               mengenai perbandingan penulisan naskhah randai yang ditulis oleh  Wisran Hadi dan Musra Dahrizal. Pada
               kedua-dua naskhah didapati sama-sama membincangkan watak Sabai, Wisran Hadi menyatakan watak
               Sabai sebagai watak antagonis, manakala Musra Dahrizal menggambarkan watak Sabai sebagai 600emu
               aitu600600.

               Kajian mengenai novel Senandung Sabai ditulis oleh Trinesia Widiya Ningsih (2016) dengan tajuk  Interaksi
               Sosial dalam Novel Senandung Sabai: Cinta dan Luka Karya Vera Yuana. Trinesia mengatakan bahawa
               terdapat bentuk interaksi 600emu a yang terjadi pada 600emu aitu600 Minangkabau seperti interaksi
               600emu a untuk   bekerjasama,bersaing dan bertikai. 600emu aitu telah dilakukan oleh watak Sabai sebai
               watak utama.

               Dari kedua-dua dapatan tersebut maka kajian ini akan membincangkan mengenai perbandingan watak
               Sabai pada  roman Sabai nan Aluih dengan novel Senandung Sabai. Kedua-dua watak Sabai pada  kedua
               karya tersebut dibandingan dengan menggunakan kritik feminis Sugihastuti.


               Perbincangan

                       Kritikan sastera feminis ialah kritikan yang membincangkan karya sastera dengan menghuraikan
               dan mentafsir pengalaman wanita dalam pelbagai karya sastera. Hal ini berlaku kerana karya sastera pada
               zaman dahulu lebih banyak ditulis oleh lelaki berbanding wanita, sehingga citra wanita sentiasa dari mata
               lelaki. Djajanegara (2003) menyatakan kritikan sastera feminis berpunca daripada keinginan feminis untuk
               meneliti karya sastera yang dikarang oleh pengarang terdahulu, lazimnya pengarang lelaki berkenaan citra
               wanita.


                       Seperti yang diketahui, dalam karya sastera era Penyair Lama dan Penyair Baru, tidak terdapat
               nama pengarang wanita, maka wacana ini membuka mata kita untuk melihat karya sastera wanita atau
               pengarang wanita. Nama-nama pengarang wanita baru ditemui pada tahun 1960-an dan 1970-an, ialah
               Nh Dini. Beliau banyak menulis tentang wanita, baik sebagai watak utama dalam cerita mahupun masalah
               yang dihadapi oleh wanita.


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 600 -
   608   609   610   611   612   613   614   615   616   617   618