Page 548 - Proceedings Collega2023
P. 548

KEARIFAN MELAYU DALAM KREATIVITI KEPENGARANGAN
                                         MENURUT PANDANGAN ISLAM



                                                     Kamariah Kamarudin
                                                 Institut Pengajian Sains Sosial
                                             Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
                                                   Universiti Putra Malaysia
                                                   kkamaria@upm.edu.my


                                                           Abstrak
                       Kreativiti  yang  dibangunkan  dalam  karya  sastera  Melayu  menyerlahkan  kearifan
               kepengarangannya. Hal ini terungkap dalam hasil karya pengarang tanah air menerusi kepelbagaian genre
               sama ada sastera Melayu moden atau sastera Melayu tradisional. Berdasarkan rencam penghasilan karya
               dalam kreativiti kepengarangan memperlihatkan kearifan Melayu untuk menyampaikan perutusan yang
               mengandungi keindahan kepada khalayak pembaca. Oleh yang demikian, hal ini sejajar dengan pandangan
               Islam yang meletakkan estetika dalam membangunkan kreativiti kepengarangan, iaitu ilham (idea), mithaq
               (perjanjian),  ihsan  (kebaikan)  dan  ijtihad  (penyelidikan)  sebagai  paksi  keutamaan.  Justeru,  proses
               pengeraman, iaitu ta’qir (berfikir), tadhkur (mengingati), tafakkur (berfikir secara mendalam), tadabbur
               (merenung), dan tafqih (memahami) diperlukan dalam galur kepengarangan. Maka, kajian ini merungkai
               kearifan Melayu dalam kreativiti menurut pandangan Islam berdasarkan surah al-Nur, al-Rum, al-Qalam,
               dan  surah  al-Syams  sebagai  tunjang  kepengarangan.  Berdasarkan  kajian  jelas  menunjukkan  bahawa
               kearifan Melayu dalam kreativiti kepengarangan menurut pandangan Islam dapat mendidik manusia ke
               arah kebesaran dan keagungan Allah SWT sebagai Yang Maha Besar dan Maha Agung. Malahan hal ini
               sekali gus membugar jiwa pengarang dan pembaca sebagai Melayu-Muslim unggul di alam jagat raya
               ekoran  daripada  kearifan  dalam  kreativiti  kepengarangan  untuk  membentuk  keindahan  (al-Jamal),
               kebenaran (al-Haqq) dan kebaikan (al-Khayr) dalam kehidupan.


               Kata kunci: kearifan Melayu, kreativiti, kepengarangan, pandangan Islam.


               Pendahuluan
                       Hubungan kreativiti dengan kepengarangan ibarat jambatan yang mempertalikan manusia dengan
               kehidupan yang sarat cabaran. Kreativiti diumpamakan sebagai ikatan persaudaraan yang kukuh antara
               sesebuah  kekeluargaan  dengan  susur  galur  keturunan.  Lantaran  kreativiti  dengan  kepengarangan
               mengkehendaki segugus ilham yang mengarah kepada kearifan Melayu dengan kemulukan. Justeru, hal
               ini dapat diperhatikan sama ada dalam karya sastera Melayu tradisional atau karya sastera Melayu moden.
               Berdasarkan gubahan bahasa dan gaya bahasa yang indah dalam pantun, peribahasa, syair, hikayat, novel,
               cerpen, sajak dan drama akan menyerlahkan kearifan Melayu dalam pengkaryaan.
               Maka, kreativiti kepengarangan yang berasas kepada kearifan Melayu akan membawa perutusan yang
               amat berguna untuk khalayak pembaca. Lantaran dengan tatarias ilham yang berlandaskan kepada nilai-


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 535 -
   543   544   545   546   547   548   549   550   551   552   553