Page 534 - Proceedings Collega2023
P. 534
pertunjukan dan untuk para pemain dabus, dapat merupakan ungkapan simbolik untuk memohon kepada
Yang Maha Kuasa. Simbol digunakan dalam bentuk ungkapan kata, benda, kesenian atau lambang
lambang tertentu, guna mengekspresikan makna yang melekat dan terkait dalam setiap kejadian hidup
secara luas dan intensif.
Bismillah diutus Ya Allah mula di surat surat Ya Rasulullah
Setelah disurat Ya Allah digulung-gulung Ya Rasulullah
Nabi Muhammad Ya Allah belum berangkat
Ya Rasulullah
Malaikat yang banyak Ya Allah mengembangkan bayu
Ya Rasulullah
Estetika atau dasar keindahan pantun/mantera dapat dilihat atau dipamerkan melalui simbol-
simbol yang diungkapkan di dalamnya. Simbol-simbol tersebut mempunyai makna yang tersurat dan
tersirat disampaikan secara simbolik. Di dalam Pantun/mantera ada sesuatu yang luar biasa yang melekat
di dalamnya. Bahkan ada penjelasan-penjelasan mengenai sesuatu yang luar biasa. Dalam hal ini pantun
bukan sekadar berurusan dengan kesamaan bunyi abab atau hanya berkaitan dengan masalah sampiran
dan isi yang telah begitu banyak dibincangkan para peneliti, tetapi juga pastilah ada masalah yang lebih
radikal dan filosofis yang mendasarinya. Pasti ada penjelasan yang berkaitan dengan alam pikiran
masyarakat Melayu.
Sama diharung hai duri onak dan duri, Tercapai cita tentunya
dalam tentunya, Sama diharung hai duri onak dan duri,
Tercapai cita tentunya dalam tentunya.
Baris lirik pantun “sama diharung hai duri onak dan duri” memperlihatkan maksudnya iaitu
kesukaran atau kesusahan yang dihadapi. Perlambangan kesepakatan dan hubungan antara kedua-dua
unsur ini memperlihatkan terdapat pertalian unsur-unsur kehidupan yang penuh cabaran. Seterusnya, cita
pula merupakan rasa, keinginan, gagasan, hasrat dan matlamat yang ingin dicapai di pengakhiran garisan
penamat sesebuah matlamat. Bersesuaian dengan baris lirik “tercapai cita tentunya dalam tentunya” yang
memperlihatkan kesukaran dan kesusahan yang dialami di awal perjuangan akan berakhir dengan kejayaan
apabila diselitkan dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesimpulan yang diterima hasil daripada baris
rangkap ini ialah kerjasama yang digabungjalinkan dalam kehidupan masyarakat dan merupakan satu
usaha yang dapat membantu dalam menempuh ranjau
Budak-budak pergi ke sekolah, Lagi
mendapat lagi terpuji, Cukup duit pergi ke
Mekah, Boleh berziarah ke Makam Nabi.
Baris pertama pantun di atas menerapkan penggunaan elemen “budak-budak” dan “sekolah”
sebagai unsur terpenting. Penggunaan unsur tersebut memperlihatkan pendidikan dalam masyarakat
bermula sejak dari awal usia kanak-kanak. Pengajaran dan pendedahan mengenai nasihat terutamanya
mengenai agama Islam diterapkan sejak di usia muda. Elemen “Mekah” dan “makam Nabi” merupakan
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 521 -

