Page 529 - Proceedings Collega2023
P. 529

INSPIRASI ALAM DALAM TARI DABUS: PERSPEKTIF FIRASAT
                                                         MELAYU



                                                 Umi Kalsom AHMAD Mohd
                                                 Kipli ABDUL RAHMAN
                                                 Pengajian Seni
                                                 Persembahan

                                    Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA
                                         Kampus Puncak Perdana Shah Alam Malaysia

                                                      umi130@uitm.edu.my
                                                      mohdkipli@uitm.edu.
                                                             my



                                                          ABSTRAK


                       Tari  Dabus  merupakan  sejenis  tarian  Melayu  tradisional  yang  berasal  dari  negeri  Perak  dan
                mengandungi  unsur  keagamaan yang  berkait  dengan  kepahlawanan  Sayidina Ali.  Permainan  dabus
                akan bermula apabila alat-alat muzik dipalu dan lagu-lagu yang dipetik daripada kitab berzanji dan
                marhaban dinyanyikan. Nyanyian dalam persembahan dabus ini mempunyai sekali hadi (korus) dan
                sekali  jawab.  Bacaan  jampi  dalam  bentuk  doa  atau  mantera  diambil  daripada  al-  Quran  serta
                dipersembahankan  dalam  bentuk  nyanyian  sepanjang  persembahan  berlangsung.    Persoalan
                kepercayaan, keimanan serta penglibatan Khalifah dalam mengendalikan tari dabus. Data bagi kajian
                ini dikumpul bersandarkan reka bentuk kajian kualitatif dan analisis kandungan puisi puisi yang dipilih
                sebagai  instrument  kajian  utama.  Teori  Firasat  Melayu  yang  dikemukakan  oleh  Hashim  Awang
                diaplikasikan sebagai kerangka kajian . Hasil penelitian puisi-puisi yang didendangkan dalam bentuk
                ritual  ini  mempunyai  hubungkait  dengan  kehidupan  masyarakat  Melayu  yang  sangat  bergantung
                kepada alam, baik sebagai sumber inspirasi mahupun spiritualiti.  Masyarakat Melayu berpegang teguh
                kepada ajaran Islam tetapi masih terikat kepada kepercayaan dan amalan tradisi khususnya tentang
                firasat, tanda dan mimpi. Kajian ini mengesahkan  teori Firasat Melayu dapat dijadikan sandaran untuk
                membuktikan manifestasi kehidupan masyarakat Melayu dalam karya tarian Melayu tradisional.

                Kata kunci: Tari dabus, mantera, puisi, Teori Firasat.



               Pengenalan

                       Tari  Dabus  merupakan  sejenis  tarian Melayu  tradisional  yang  berasal  dari  negeri  Perak  dan
                mengandungi  unsur  keagamaan yang  berkait  dengan  kepahlawanan  Sayidina Ali.  Permainan  dabus
                akan bermula apabila alat-alat muzik dipalu dan lagu-lagu yang dipetik daripada kitab berzanji dan
                marhaban dinyanyikan. Nyanyian dalam persembahan dabus ini mempunyai sekali hadi (korus) dan
                sekali  jawab.  Bacaan  jampi  dalam  bentuk  doa  atau  mantera  diambil  daripada  al-  Quran  serta


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 516 -
   524   525   526   527   528   529   530   531   532   533   534