Page 536 - Proceedings Collega2023
P. 536
tunduk memberi hormat. Selepas itu beliau berdiri dan memulakan tarian. Habis satu lagu penari ini akan
berundur dan digantikan dengan dua penari dan ini diikuti pula oleh 4 pasang penari yang lain Penari-
penari yang akan mencucuk lengannya, menghadap khalifah untuk dibasuh lengan mereka denga air
penawar dan dijampi serta diiktikad dalam hati oleh khalifah, "tulang kamu besi, kulit kamu tembaga”.
Penari meneruskan tarian sambil mencucuk lengan dengan pangkal anak dabus yang tajam. Luka-
luka akibat tikaman ini dibasuh denga air penawar dan dipicit keluar bisanya serta dijampi oleh khalifah
untuk menyembuhkan luka, Jampi ini dipetik dari surah Al-'Lahab ayat satu yang berbunyi: "Tabbat ya da
abi la ha biung wattab". Selain dari mencucuk lengan dengan anak dabus, terdapat juga penari-penari
yang menghentakkan batu giling ke bahagian badan terutamanya bahagian paha. Satu persembahan
dabus yang lengkap, mengambil masa lebih kurang 30 minit. Setelah selesai persembahan anak-anak
dabus dibersihkan dan sekali lagi dijampi oleh khalifah.
Kemesterian terletak kepada peranan khalifah mengawal penari-penari dabus dengan bacaan
jampi serapah yang mana penari menyerahkan diri dengan penuh keyakinan kepada khalifah. Jampi
‘tulang kamu besi, kulit kamu tembaga” menjadi satu kepercayaan mutlak penari kepada khalifah, dan
mereka yakin tdak berlaku kecelakaaan kepada mereka. Hal tersebut merupakan layer pertama yang apa
yang kita Nampak.
Layer yang kedua ialah isi teks/mantera mengandungi konotasi magis atau berkaitan dengan
kuasa luar biasa dan disebut sebagai simbol. Dalam mantera, pemerian tentang kekuatan dan kekuasaan
makhluk lain di dalam kata-kata mantera secara tidak langsung akan merangsang deria dengar dan deria
rasa (rasa hebat) kepada pendengar. Kesan kehebatan dalam kata-kata mantera terhadap deria rasa (rasa
hebat) dan deria dengar penutur dan khalayak secara tidak langsung akan meninggalkan kesan rasa
takjub, aneh serta luar biasa (Mazarul Hassan Hanapi,2017).
Mantera juga ialah karangan berangkap yang menerangkan sarwajagat dan kosmos bagi manusia
berhubung dengan makhluk-makhluk ghaib. Mantera menerangkan pemikiran tentang peranan dan
kepentingan manusia untuk menguasai ilmu, menghayati alam sekitar, dan hubungan manusia dengan
kehidupan, sebuah ekspresi intelektual serta memberi penekanan kepada keindahan dan kehalusannya
iaitu dari segi budi dan bahasanya.
Jawab:
He Allah he Allah haya Allah Hodal hema le
keyai maulai
He Allah he Allah la le mahbud Sewa Allah
Hadi:
Bishahrin rabie
Qad bawa nuruhul a’la Faya hab baz
badru
Jawab:
Mura disin, Allah mura disin Kamala izin
Allah muradin Mura diya Allah mura diya
Kamala izin Allah muradin
Hadi:
Tanaqal fi adhlabi arbabi sudadin Kazal’ shamsufi
abrhajiha tatanaqqal
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 523 -

