Page 533 - Proceedings Collega2023
P. 533
Hasil Kajian dan Perbincangan
Masyarakat Melayu berpegang teguh kepada ajaran Islam tetapi masih terikat kepada kepercayaan dan
amalan tradisi khususnya tentang firasat, tanda dan mimpi.
Teknik Penyampaian bahasa berlapis
Dimensi jampi terlalu luas sehingga orang yang mengamalkan jampi dan mantera dikatakan orang
yang berilmu. Jangkauan ilmunya bukan sahaja setakat mengenal benda tetapi dapat menguasai serta
memanipulasikan semangat benda tersebut. Khalifah dabus dihormati kerana berupaya untuk mengubati
penyakit. Khalifah bertindak selaku perantara antara pesakit dengan makhluk halus yang seterusnya
berupaya memulihkan semula pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus kerana kebolehan
khalifah menguasai makhluk halus tersebut (Mohd Kipli Abdul Rahman,2016).
Persembahan tarian dabus yang asli mengandungi unsur-unsur kebatinan. Sebelum sesuatu
persembahan dimulakan upacara memulih gelanggang dilakukan. Seorang bomoh yang digelar khalifah di
dalam permainan dabus memulakan upacara dengan menjampi sebutir kemiyan. Jampi serapahnya
adalah seperti berikut:-
Bismillah-hirrahmanirrahim Assalamualaikum ya kemiyan, dijadikan Allah dari getah
kayu yang putih,
asal engkau he kemiyan, aku tahu
asal engkau,
mula menjadi tongkat Rasulullah, ku selang
seraya...
Baris lirik di atas memperlihatkan terdapat perhubungan yang kuat antara Allah SWT dan
Rasulullah SAW, serta makhluk Allah SWT itu sendiri. “Bismillah” di baris pertama dimaksudkan “Dengan
nama Allah” yang sekali gus memperlihatkan permulaan perjalanan dimulakan dengan Allah. Perkaitan
antara Allah SWT dan Rasulullah SAW menjelaskan bahawa aspek keagamaan begitu penting dan utama
untuk dipilih dan diterapkan dalam penghasilan sesebuah puisi (mantera). “Bismillah diutus Ya Allah mula
di surat-surat, setelah disurat digulung-gulung, Nabi Muhammad belum berangkat,malaikat yang banyak
mengembangkan bayu”mengupas penceritaan di mana Nabi Muhammad diberi syafaat untuk diutus ke
langit dan bertemu dengan Yang Maha Esa. Dapatan kajian ini menyatakan bahawa terdapat hubungan
yang kuat antara manusia dengan Tuhan, dan keadaan ini tercetus apabila perhubungan yang kuat ini
wujud sejak zaman dahulu lagi. Masyarakat sejak zaman dahulu sangat mencintai ilmu keagamaan dan
berpegang teguh kepada ajaran Islam dan semangat kecintaan terhadap Allah, Rasul dan agama Islam
diterapkan sebagai elemen penting dalam adunan penghasilan sesebuah mantera.
Pemakaian lambang / Simbol
Cassirer (1990) menjelaskan manusia makhluk yang penuh dengan simbol (lambang). Melalui simbol atau
lambang seluruh budaya manusia dapat diungkap, yang perlu ditangkap adalah makna dari suatu benda
tertentu. Kebudayaan sebagai wadah yang memuat pengalaman serta pengetahuan manusia secara
keseluruhan diturunkan dan diajarkan dari generasi ke generasi berikutnya melalui sistem simboliknya.
Esensi simbolisme terletak dalam pengakuan sesuatu sebagai pengganti sesuatu yang lain, dalam bentuk
konkrit maupun abstrak. Simbol itu sendiri muncul dengan kekuatan tersendiri untuk melindungi
objek(sasaran), seperti, pembakaran kemenyan dan air paureh yang direnjiskan di sekeliling tempat
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 520 -

