Page 535 - Proceedings Collega2023
P. 535
tempat suci umat Islam. Semangat untuk menziarahi makam Nabi dan tanah suci Mekah sudah ditanam
dalam diri masyarakat sejak kecil supaya matlamat tersebut berterusan secara istiqamah demi mencapai
kemajuan dalam pembangunan diri, bangsa dan agama. Kecintaan terhadap Allah SWT telah diletakkan
sebagai unsur Pendidikan yang penting dalam diri setiap ahli masyarakat. Ilmu dan pendidikan yang
dikupas dalam lirik lagu ini ialah dari sudut ilmu keagamaan yang mencerminkan keperibadian unggul
seseorang.
Dari pantun-pantun di atas, kita dapat mengetahui bahawa pantun berperanan sangat vital dalam
kehidupan bangsa Melayu. Melalui pantun, tunjuk ajar disebar luaskan, diwariskan dan dikembangkan.
Melalui pantun pula nilai-nilai luhur dikekalkan dan disampaikan kepada anggota masyarakatnya. Setiap
pantun Melayu pada hakikatnya mengandung nilai-nilai luhur, termasuk di dalamnya pantun kelakar atau
pantun sindirin.
Kemisterian Mantera dalam persembahan Tari Dabus
Istilah lain yang digunakan untuk mantera ialah “ilmu” atau dalam Jawa “ngelmu”. Pengamal yang
mempunyai pelbagai mantera kadangkala digelar sebagai orang berilmu dan sehubungan dengan inilah
timbulnya perkataan ilmu pengasih, ilmu penunduk, ilmu kebal dan sebagainya. Sering juga kita
mendengar ungkapan “Oh, dia tu berilmu!” Ertinya kita harus berwaspada dan andainya tidak berhati-
hati akan mengalami atau menerima kecelakaan atau musibah. Gambaran ini sering dikaitkan dengan
“ilmu putih” dan “ilmu hitam” (Noriah Mohamed, 2006).
Kemisteriannya itu juga terdapat dalam corak persembahannya, maksudnya karya sastera itu
mengandungi makna di sebalik apa yang berlaku. Ini bererti bahawa sastera itu mengandungi dua lapis
makna, iaitu lapis makna yang tersurat dan lapis makna yang tersirat. Makna yang pertama adalah jelas,
tetapi makna yang kedua memerlukan mata hati, atau pemikiran dan keintelektualan untuk
memahaminya. Hal yang pertama itu dipenuhi dengan penanda atau alamat tertentu, yang terkandung
dalam pemaparan pengisahan dan maklumat pada persembahan tarian dabus.
Persembahan tarian dabus yang asli mengandungi unsur-unsur kebatinan. Sebelum sesuatu
persembahan dimulakan upacara memulih gelanggang di lakukan. Seorang bomoh yang digelar khalifah
di dalam permainan dabus memulakan upacara dengan menjampi sebutir kemiyan. Jampi serapahnya
adalah seperti berikut:-
Bismillah-hirrahmanirrahim Assalamualaikum ya kemiyan, dijadikan Allah dari
getah kayu yang putih,
asal engkau he kemiyan, aku tahu
asal engkau,
mula menjadi tongkat Rasulullah,
ku selang seraya...
Kemiyan ini dibakar dan diperasapkan kepada semua peralatan yang digunakan. Kemudian
khalifah menyiram bertih, beras kunyit dan menepung tawar ke sekeliling gelanggang permainan. Ini
bertujuan bagi menjauhkan daripada segala gangguan-gangguan makhluk halus serta perbuatan khianat
kepada ahli-ahli yang menjayakan tarian itu.
Setelah itu persembahan dimulakan dengan seorang atau dua orang pemuzik melagukan nasyid
dabus diiringi dengan paluan rebana dabus. Nasyid dabus ini disambung pula dengan lagu-lagu rentak tari
dabus yang dilagukan olen semua pemuzik serentak dengan paluan rebana dabus dan gong. Serentak
dengan itu juga seorang penari masuk ke gelanggang untuk menari. Sebelum memulakan langkah, penari
duduk bertinggung dengan kedua belah tangannya memegang sepasang anak dabus, satu di tangan kanan
dan satu di tangan kiri dan bergerak ke hadapan tiga langkah dan tiga langkah ke belakang kemudian
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 522 -

