Page 537 - Proceedings Collega2023
P. 537
Dalam pertunjukan dabus, zikir-zikir yang dibaca memuji-muji Allah,sehingga para pemain
sampai ke peringkat fana dalam berhubungan dengan Allah. Hamka dalam Arifin (1993:1) menjelaskan
pemain yang menyakiti diri sendiri, beserta keajaiban-keajaibannya - menandakan murid itu sudah fana
betul- betul, asbab zikirnya kepada Allah, sehingga tiada perasaan lagi. Kemudian Snouck Hurgronye
menyebutkan bahwa permainan Dabus dan rebana sangat rapat hubungannya dengan tarikat yang
memiliki didikan ganjil dan menganggap sempurna dan keramat para penganutnya apabila telah
dikurnia oleh Tuhan dengan pelbagai keajaiban, di antaranya kebal, tidak dimakan senjata tajam, tidak
terbakar dalam api dan sebagainya.
Penutup/Kesimpulan
Kajian ini mengesahkan teori Firasat Melayu dapat dijadikan sandaran untuk membuktikan manifestasi
kehidupan masyarakat Melayu dalam karya tarian Melayu tradisional. Jampi dan mantera dalam tari
dabus bukan sekadar kata-kata, kalimat dan ayat tetapi merupakan pengucapan yang simbolik,
bermakna dan sangat mistik. Corak persembahannya menjadi salah silah dalam elemen Firasat
khususnya struktur persembahan mencerminkan minda dan intelektual orang Melayu. Yang mana
mereka dapat berhubung dengan dunia realiti persembahan dengan dunia kosmo keajaiban. Hal ini
tidak menjadi kejanggalan kepada Masyarakat yang mengamalkannya malah menjadi satu kepercayaan
dan amalan.
Puisi peninggalan nenek moyang dijadikan medium sebagai hiburan dan tari persembahan. Hal
ini memanifestasikan citra tersirat; panduan untuk masyarakat mendekati diri dengan pencipta-Nya.
Penghargaan
Penyelidikkan ini meletakkan penghargaan kepada Malay Archipelago Glokal Wisdom (MAGIS)
Research Initiative Group, College of Creative Arts, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor,
Malaysia di mana kajian ini dijalankan. Penghargaan juga ditujukan kepada UiTM di bawah Projek Geran
Biaya Terus dengan Kod Projek: 600-TNCPI/PBT5/3(106/2022) sumber geran industri dari Arja Art
Academy (003319804-X). Kajian ini juga turut memberi penghargaan kepada semua pengamal Tari
Dabus khasnya Kampung Pulau Tiga, Perak Tengah, Perak.
RUJUKAN
Abdul Halim Ali (2015) Terapi bahasa dalam pantun dan mantera. Universiti Pendidkan Sultan Idris.
Jurnal Peradapan Melayu, Vol.10
Cassirer, Ernst. 1990. Manusia dan Kebudayaan: Sebuah Esei tentang Manusia (terjemahan), Gramedia,
khususnya bab II dan III (hlm.41-62).
Chong Ah Fok. (2008). Kajian Novel Terpilih Brunei Darussalam dari Perspektif Pengkaedahan Melayu.
Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.
Hashim Awang. (2002, 28-29 Jun). Teori Pengkaedahan Melayu dan Prinsip Penerapannya. Kertas Kerja
Bengkel Kajian Teori Sastera Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka, Riviera Bay Resort, Melaka.
Hashim Awang. (1994). Metodologi Kesusasteraan Islam: Kaedah Penilaian. Dewan Sastera,
Februari, 10-15
Mazarul Hasan Mohamad Hanapi, Norazimah Zakaria & Abdul Halim Ali. (2017) Fungsi dan Simbol dalam
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 524 -

