Page 531 - Proceedings Collega2023
P. 531

contohnya, mantera akan dimulai dengan lafaz Bismillahir-Rahmanir-Rahim dan diakhiri dengan Laila-
               hail-lallah. Maka penggunaan dan pengucapan mantera telah menjadi universal sifatnya. Dunia kata- kata
               dalam  mantera boleh  merangsang  indera  manusia  untuk  berubah  menjadi  apa  yang dimahukannya
               mengikut  amalan individu tersebut. Namun, penggunaan mantera bagi masyarakat Melayu kini kurang
               diamalkan kerana ia bertentangan dengan ajaran agama Islam
                       Jampi  dan  mantera  dalam  tari  dabus  bukan  sekadar  kata-kata,  kalimat  dan  ayat  tetapi
               merupakan pengucapan yang simbolik, bermakna dan sangat mistik. Jampi dan mantera  turut  dipelajari
               kerana  dalam  bacaannya  terkandung  nama  makhluk  halus  yang  ingin  dihubungi.  Sekiranya  khalifah
               (bomoh)  mahupun  pemain  gagal  untuk memahami nama dan kewujudan makhluk halus tersebut, maka
               mereka  tidak  boleh  menjadi  khalifah.  Hal  ini  demikian  kerana  khalifah  berkenaan  tidak  berupaya
               memanggil  makhluk  halus  untuk  hadir  dalam  persembahan,  sedangkan  kehadiran  makhluk  halus
               sangat  penting  dalam  proses  pengubatan  dan  penyembuhan  ritual  dabus.

              Rekabentuk Kajian

               Data bagi kajian ini dikumpul bersandarkan reka bentuk kajian kualitatif dan analisis kandungan puisi puisi
               yang dipilih sebagai instrument kajian utama.  Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan dilakukan
               secara  analisis  kandungan  untuk  meneliti  inspirasi  alam  dalam  mantera  dan  pantun-pantun  yang
               dinyanyikan dalam tari Dabus. Oleh itu, kajian ini memilih Teori Pengkaedahan Melayu yang dibina oleh
               Hashim Awang berpandukan pendekatan gunaan, khususnya pendekatan Firasat.

              Kerangka teori Firasat

               Teori Firasat Melayu yang dikemukakan oleh Hashim Awang diaplikasikan sebagai kerangka kajian . Hasil
               penelitian  puisi-puisi  yang  didendangkan  dalam  bentuk  ritual  ini  mempunyai  hubungkait  dengan
               kehidupan  masyarakat  Melayu  yang  sangat  bergantung  kepada  alam,  baik  sebagai  sumber  inspirasi
               mahupun spiritualiti.
                       Teori  ini  dikemukakan  oleh  Hashim  Awang  bermula  pada  tahun  1989  untuk  membahaskan
               kelemahan teori yang ditulis oleh pengkaji barat berkaitan pengkajian mereka terhadap karya sastera
               Melayu. Kebanyakan teori yang digunakan oleh pengkaji barat terdapat pincang dari segi penghuraian
               mengikut konteks sastera Melayu. Ini disebabkan bangsa Melayu lebih arif berkaitan kehalusan dalam
               penciptaan  karya  sastera berunsur  kepada  keindahan  alam yang mengelilingi cara  hidup  dan  budaya
               masyarakat  Melayu.  Keindahan  ini  menjadi  cerminan  masyarakat  Melayu  yang  mempunyai  keunikan
               dalam penciptaan karya sastera.
                       Oleh  itu,  pembinaan  kerangka  teori  ini  diperkemas  pada  tahun  2002  dengan  membuat
               pembahagian  kepada  dua  aspek,  iaitu  pengkaedahan  alamiah  dan  pengkaedahan  keagamaan.  Dalam
               konteks pengkaedahan alamiah merujuk kepada kehidupan harian masyarakat Melayu yang berkait rapat
               dengan alam. Jenis pengkaedahan alamiah ini dibahagikan pula kepada tiga pendekatan, iaitu pendekatan
               gunaan, pendekatan moral dan pendekatan firasat. Ketiga-tiga pendekatan ini mempunyai fungsi yang
               tertentu untuk mengimbangi perkara yang berkaitan pengalaman hidup serta pengajaran yang diperoleh
               termasuklah tafsiran daripada firasat masyarakat Melayu.
                       Pendekatan Firasat adalah sama dengan Pendekatan Moral yang ditunjangi dengan tanggapan
               bahawa sastera adalah suatu kejadian alam yang menghasilkan pengalaman hidup. Kejadian tersebut
               dikaitkan  pula  dengan  mimpi  iaitu  kejadian  alam  yang  mempunyai  makna  atau  pengertian  yang
               penemuannya dapat dilakukan menerusi takbir atau tafsiran. Ia juga merupakan satu proses menemukan
               makna menerusi tafsiran lambang atau alamat tertentu yang wujud di dalamnya (Hashim Awang, 1994).
               Kejadian ini dikaitkan dengan mimpi kerana mimpi itu ialah suatu pengalaman hidup yang penuh misteri.





              International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 518 -
   526   527   528   529   530   531   532   533   534   535   536