Page 530 - Proceedings Collega2023
P. 530
dipersembahkan dalam bentuk nyanyian sepanjang persembahan berlangsung.
Persembahan tarian dabus yang asli mengandungi unsur-unsur kebatinan. Sebelum sesuatu
persembahan dimulakan upacara memulih gelanggang di lakukan. Seorang bomoh yang digelar khalifah
di dalam permainan dabus memulakan upacara dengan menjampi sebutir kemiyan. Jampi serapahnya
adalah seperti berikut: -
Bismillah-hirrahmanirrahim Assalamualaikum ya kemiyan, dijadikan Allah dari
getah kayu yang putih,
asal engkau he kemiyan, aku tahu
asal engkau,
mula menjadi tongkat Rasulullah, ku selang
seraya...
Kajian literatur
Alam yang dimaksudkan itu mencakupi bumi, langit serta sistem planetnya, meliputi kosmogoni
dan kosmografinya, yang dilihat dari perspektif masyarakat Melayu-Islam. Dari segi kosmogoni Melayu-
Islam, Hashim (2002:10), menjelaskan bahawa bangsa Melayu melihat alam semesta dalam dua lapis,
lapis metafizikal dan lapis fizikal. Metafizikal disebut oleh bangsa Melayu sebagai “alam ghaib”, iaitu
bahagian alam yang sepenuhnya berada dalam kelebihan ilmu dan keagungan Tuhan.
Pantun menurut Mohd Rosli Saludin dalam Abdul Halim Ali (2015) mempunyai peranannya
yang tersendiri dalam masyarakat Melayu, antara peranan pantun menurut ialah: alat untuk mendapat
gambaran masyarakat, terutamanya sebagai gambaran minda dan pemikiran masyarakat Melayu,
pandangan hidup, harapan, dan cita-cita. Alat untuk menguji ketajaman minda dan kehalusan perasaan.
Sebagai contoh pantun teka-teki, pantun peribahasa dan lain-lain. Dipergunakan juga dalam kegiatan
seni, keagamaan dan adat istiadat. Digunakan untuk pendidikan samaada untuk menyindir, kiasan atau
berterus terang. Alat untuk hiburan dan bahan untuk jenaka seperti pantun jenaka, pantun permainan
dan lain-lain. Alat untuk berkomunikasi untuk menyampaikan isi hati. Sebagai contoh sanjungan,
pemujaan dan ucapan selamat kepada seseorang dalam majlis upacara atau majlis rasmi.
Mantera ialah sejenis puisi yang tidak tentu bentuknya, berangkap atau tidak, mempunyai rima
atau tidak. Jika berangkap tidak tentu jumlah larik serangkap dan jumlah perkataan dalam selarik.
Mungkin mengandungi bentuk-bentuk yang lain, misalnya pantun; dan biasanya memerlukan
beberapa larik atau rangkap yang berturutan untuk membina satu keseluruhan. Dari segi bentuk dan
struktur mantera sama dengan talibun, teromba dan lain-lain. Puisi ini tergolong sebagai mantera
kerana isi dan fungsinya sebagai “mantera” dan digunakan untuk tujuan-tujuan pengubatan, upacara
dan perbomohan (Harun Mat Piah et.al, 2000: 23).
Dalam budaya Melayu, penggunaan mantera seiring dengan fahaman animisme yang
mempengaruhi kepercayaan dan pemikiran mereka terhadap sesuatu kejadian. Penggunaan mantera
mula berubah setelah Islam masuk ke Tanah Melayu sekitar abad ke-13 hingga abad ke-15. Unsur
sintisisme di antara Islam dan animisme telah mewujudkan berlaku suatu sifat yang universal dalam
penggunaan dan pengucapan mantera. Struktur mantera telah diberi perubahan dan pembauran Islam,
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 517 -

