Page 526 - Proceedings Collega2023
P. 526

cara  memasak  atau  sebagai  ulam  ulaman.  Herba-herba  ini  turut  digunakan  untuk  merawat  penyakit-
               penyakit yang mereka hidapi.

                       Dalam melihat hubungan atau ukhuwah antara manusia, didapati hubungan Tihani dan Dahlia
               pada  awalnya  kelihatan  tidak  begitu  mesra.  Dahlia  sering  menunjukkan  perasaan  tidak  senangnya
               terhadap Tihani. Hal ini kerana Tihani merupakan seorang remaja bandar yang kekok dan tidak biasa
               dengan kehidupan di desa. Berriku beberapa petikan yang memperlihatkan sikap Dahlia yang tidak senang
               terhadap Tihani.

                           “Ayam goreng taka da. Makan sajalah apa yang ada,” jawab Dahlia dengan nada
                           suara bosan dan riak wajah tidak berkenan. Dia tunduk memandang nasi, tidak
                           memandang Tihani. Baginya, perftanyaan Tihani itu berbaur penghinaan. Macam
                           rusa masuk kampung, komennya sinis dalam hati.

                                                                (Herba Legasi Bonda, 2015, p.68)
                           “Nek, dalam beg kertas ini ada barang yang ibu saya kirimkan untuk atuk dan nenek.
                           Saya tinggalkan di sini, ya,” kata Tihanasambol meletakkan beg kertas tersebut di atas
                           meja.  Dia  sedaya  upaya  untuk  mengambil  hati  Dahlia  yang  nampaknya  sudah mula
                           menunjukkan sikap permusuhan terhadapnya.

                           “Tak payah! Bawa balik barang-barang awak tu!”

                                                                    (Herba Legasi Bonda, 2015, p. 71-72)
                       Hal ini terjadi dengan adanya tunjuk ajar Dahlia tentang herba kepada Tihani.

                           “Yang ini daun limau purut,” kata Dahlia sambal tangannya lincah memetik daun
                           tersebut  daripada  tangkainya.  Entah  mengapa,  pagi  itu  dia  berasa  seronok
                           menjadi guru ilmu alam kepada Dahlia. Dia merasakan dirinya seperti guru yang
                           begitu pandai kerana mendapat anak murid yang buta tentang alam herba. Aku
                           cakap  apa-apa  pun,  tentu  dia  percaya,  fikir  Dahlia  sambal  tersenyum  sendiri.
                           Seskali dia berasa geli hati melihat telatah Tihani yang lurus bendul itu.
                                                                  (Herba Legasi Bonda, 2015, p.166)

               Dahlia berasa seronok dapat memperkenalkan pelbagai jenis herba kepada Tihani. Hal ini menyebabkan
               hubungan mereka yang pada awalnya kurang mesra menjadi semakin akrab. Mereka sering menghabiskan
               masa bersama-sama. Bukan sahaja Dahlia yang berasa seronok memperkenalkan herba-herba kepada
               Tihani, malahan Tihani juga berasa seronok dapat mempelajari ilmu baru tentang herba-herba tempatan
               yang sebelum ini tidak pernah diketahuinya.

               Kesimpulan
                       Keseluruhan kajian yang mengkaji novel Herba Legasi Bonda ini memperlihatkan bahawa herba

               merupakan  salah  satu  kearifan  tempatan  yang  tidak  kurang  pentingnya  dalam  kehidupan  masyarakat
               Melayu. Herba penting dalam kehidupan masyarakat Melayu sejak zaman berzaman, dari generasi ke
               generasi. Dalam kehidupan moden masyarakat Melayu, herba mungkin kurang dikenali dan mendapat
               perhatian oleh generasi muda. Namun demikian, dengan adanya kajian-kajian saintifik yang dijalankan
               dengan bantuan teknologi telah membuktikan bahawa herba mempunyai khasiat untuk kesihatan dan
               merawat penyakit. Pembuktian ini menjadikan herba semakin mendapat tempat dan kepercayaan dalam
               masyarakat  bagi  merawat  penyakit  dan  mencegah  penyakit.  Selain  khasiat,  herba  juga  turut  menjadi


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 513 -
   521   522   523   524   525   526   527   528   529   530   531