Page 525 - Proceedings Collega2023
P. 525
masyarakat agar hidup manusia diberkati Allah SWT. (Dr Rahimah Saimin, 18 Disember 2020,
https://www.hmetro.com.my/addin/2020/12/654331/mengerat-persaudaraan).
Hubungan persaudaraan atau ukhuwah antara manusia disorot dalam teks kajian ini. Dalam
keluarga Nek Sal, hanya Nek Sal dan cucunya, Dahlia sahaja yang tinggan di rumah kecil mereka di pinggir
hutan kerana orang tua Dahlia sudah meninggal dunia. Hubungan Tihani dengan Dahlia dan Nek Sal yang
baru dikenali oleh Tihani menjadi rapat melalui herba. Sepanjang Tihani tinggal bersama-sama dengan
Nek Sal dan Dahlia, Tihani diperkenalkan dengan herba-herba dengan sebaik mungkin. Pada mulanya
hubungan mereka agak dingin dan sering timbul suasana tegang antara mereka. Namun setelah Tihani
nampak berminat dengan tumbuhan herba, bukan sahaja penerangan tentang herba diberikan kepada
Tihani, tetapi Tihani turut dibawa ke hutan untuk mengenali dengan lebih dekat lagi tanaman herba.
Herba-herba yang diperkenalkan oleh nenek dan Dahlia kepada Tihani ialah:
1. Pucuk paku midin (Herba Legasi Bonda, 2015, p.55, 73)
2. Pucuk manis (Herba Legasi Bonda, 2015, p. 62, 63, 64, 160)
3. Limau kasturi (Herba Legasi Bonda, 2015, p.64, 167)
4. Daun pegaga (Herba Legasi Bonda, 2015, p. 73, 114, 119, 161)
5. Daun kesum (Herba Legasi Bonda, 2015, p.73, 218)
6. Daun kemangi (Herba Legasi Bonda, 2015, p.73, 217)
7. Daun pandan (Herba Legasi Bonda, 2015, p.73)
8. Pucuk Betik dan Betik Muda (Herba Legasi Bonda, 2015, p.73, 74)
9. Tenggek Burung (Herba Legasi Bonda, 2015, p.73)
11. Daun Pudina (Herba Legasi Bonda, 2015, p.74)
12. Bunga kantan (Herba Legasi Bonda, 2015, p.74, 159)
13. Jantung Pisang (Herba Legasi Bonda, 2015, p.74)
14. Cili Padi (Herba Legasi Bonda, 2015, p.74)
15. Daun Tembaga Suasa (Herba Legasi Bonda, 2015, p.79)
16. Halia (Herba Legasi Bonda, 2015, p.74, 167)
17. Lengkuas (Herba Legasi Bonda, 2015, p.74, 167)
18. Kunyit dan daun kunyit (Herba Legasi Bonda, 2015, p.73, 74, 159, 167)
19. Ubi keledek (Herba Legasi Bonda, 2015, p.74)
20. Daun senduduk (Herba Legasi Bonda, 2015, p.107)
21. Pucuk jambu golok (Herba Legasi Bonda, 2015, p.114, 118)
22. Kacang botor (Herba Legasi Bonda, 2015, p.114)
23. Ulam raja (Herba Legasi Bonda, 2015, p.158, 218)
24. Daun kaduk dan pucuk kaduk (Herba Legasi Bonda, 2015, p.159, 218)
25. Bunga telang (Herba Legasi Bonda, 2015, p.166)
26. Limau purut dan daun limau purut (Herba Legasi Bonda, 2015, p.166)
27. Serai (Herba Legasi Bonda, 2015, p.167)
28. Terung pipit (Herba Legasi Bonda, 2015: 168)
29. Gaharu (Herba Legasi Bonda, 2015, p.192)
30. Timun (Herba Legasi Bonda, 2015, p.218)
31. Kacang panjang muda (Herba Legasi Bonda, 2015, p.114, 218)
32. Limau nipis (Herba Legasi Bonda, 2015, p.218)
Semua herba di atas merupakan sumber pendapatan Nek Sal dan Dahlia. Herba-herba tersebut dijual di
Pekan untuk mendapatkan wang bagi menampung kehidupan seharian mereka. Selain menjadi sumber
pendapatan utama, herba-herba ini juga dijadikan sajian utama makanan harian mereka sama ada dengan
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 512 -

