Page 524 - Proceedings Collega2023
P. 524

daunnya turut dijual di pekan oleh Dahlia. “Yang ini daun limau purut,” kata Dahlia sambil tangannya lincah
               memetik daun tersebut dari tangkainya (Herba Legasi Bonda, 2015, p.166). Terdapat banyak kelebihan
               limau purut dalam kehidupan manusia.  Limau purut amat popular digunakan dalam masakan Kemboja,
               Melayu,  Myanmar  dan  Indonesia.  Daunnya  boleh  digunakan  dalam  keadaan  segar  mahupun  setelah
               dikeringkan.   Selama  berkurun  lamanya,  daun  limau  purut  telah  digunakan  sebagai  bahan  mengawet
               makanan dan menjadikannya lebih membuka selera. Terdapat 15 manfaat limau dan daunnya kepada
               manusia. (1) Limau purut juga digunakan sebagai pembersih dan dalam penyediaan perubatan herba dan
               tradisional. (2) Dalam perubatan tradisional, air buah limau purut dipercayai mampu digunakan dalam
               jampi untuk mengalih semangat jahat dan menyegarkan mental individu. (3) Daun dan buah limau purut
               telah lama digunakan sebagai bahan perubatan dan masakan.  (4) Ekstrak daun limau purut mempunyai
               sifat anti-pertumbuhan kuman, boleh menghalang pembesaran sel kanser, mengurangkan tanda-tanda
               alahan, mengurangkan tekanan darah tinggi dan menaikkan nafsu makan. (5) Daun limau purut dikatakan
               boleh digosok pada gusi dan gigi untuk tujuan menyihatkan gigi. (6) Minyak yang diekstrak daripada daun
               limau purut pula dikatakan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Antaranya, digunakan dalam produk-
               produk mandian seperti sabun dan syampu. (7) Minyaknya juga merupakan pencuci rambut dan kulit
               kepala. (8) Air buah limau purut dikatakan boleh digunakan untuk tujuan mencuci pakaian. (9) Ada yang
               menggunakannya  sebagai  peluntur  semula  jadi  untuk  membuang  kesan  kotor  yang  sukar  dicuci.  (10)
               Aroma  daunnya  dikatakan  boleh  memberi  rasa  awet  muda.  Tambahkan  beberapa  titis  minyak  atau
               hancurkan beberapa helai daunnya dalam air mandian anda. (11) Digunakan sebagai salah satu bahan
               untuk mandi wap. Dikatakan fikiran negatif akan hilang sekali gus memberi minda dan tubuh fikiran positif.
               (12)  Minyaknya  juga  dikatakan  digunakan  sebagai  tonik  untuk  membantu  masalah  pencernaan  dan
               membersihkan darah. (13) Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromaterapi, nutraseutikal dan
               produk penjagaan diri. (14) Limau purut juga berupaya merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa
               serta merangsang perjalanan darah. (15) Daun limau purut juga mampu merawat luka, lebam dan gigitan
               serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah (15 Kelebihan Limau Purut yang Mungkin Anda Tak
               Tahu,  http://mingguanwanita.karangkraf.com/cmlink/mingguan-wanita/pilihan-mw/15-kelebihan-buah-
               limau-purut-yang-mungkin-anda-tak-tahu-1.497048). Daun limau purut juga dikatakan tidak disukai oleh
               ular dan ditanam berdekatan dengan rumah untuk menghalau ular (Sabda S, 2013, p.222).
                       Herba-herba lain yang ditonjolkan dalam novel kajian turut memperlihatkan kepentingan  herba
               berkenaan dengan masyarakat Melayu, iaitu sebagai makanan, rawatan penyakit dan khasiatnya kepada
               kesihatan  manusia.  Herba-herba  tersebut  ialah  pucuk  paku  midin,  pucuk  manis  limau  kasturi,  daun
               pegaga, daun kesum, daun kemangi, daun pandan, pucuk betik, betik muda, tenggek burung daun pudina
               bunga  kantan  jantung  pisang  cili  padi  daun,  tembaga  suasa,  halia,  lengkuas,  kunyit,  daun  kunyit,  ubi
               keledek, daun senduduk, kacang botor, ulam raja, daun kaduk, pucuk kaduk bunga telang, serai, terung
               pipit, gaharu, timun, kacang panjang muda, dan limau nipis.

               Ukhuwah
                       Hubungan persaudaraan sesama muslim atau ukhuwah sangat dititikberatkan dalam Islam dan
               dalam  budaya  masyarakat  Melayu  itu  sendiri.  Menjaga  ukhuwah  adalah  perihal  yang  sangat  dituntut
               dalam Islam untuk mendapat rahmah Allah SWT serta menyuburkan hubungan sesama manusia. Firman-
               Nya  yang  bermaksud:  "Sebenarnya  orang  yang  beriman  itu  adalah  bersaudara,  maka  damaikanlah  di
               antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh
               rahmat." (Surah al Hujuraat: 10). Allah menjanjikan ganjaran besar untuk orang yang sentiasa menjaga
               silaturahim. Menyantuni dan menjaga silaturahim akan dipanjangkan umur dan beroleh keberkatan rezeki.
               Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang ingin rezekinya dimurahkan dan
               umurnya dipanjangkan, maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim." (Riwayat bukhari dan Muslim).
               Kedua-dua  petikan  ini  memperlihatkan  pentingnya  ukhuwah  atau  siratulrahim  dalam  keluarga  dan


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 511 -
   519   520   521   522   523   524   525   526   527   528   529