Page 515 - Proceedings Collega2023
P. 515
kebiasaannya adalah haiwan yang telah mati. Daging, tulang, ekor, bulu, kuku, lemak, hempedu dan
cangkerang serta pelbagai bahagian lain lagi diambil untuk digunakan sebagai bahan ubatan (Adeola,
1992; Costa-Neto, 2005). Terdapat juga bahan berasaskan haiwan yang diambil daripada haiwan yang
masih hidup seperti urin, najis, duri, madu, hempedu dan susu (Costa-Neto, 2005; Jaroli et al., 2010).
Penggunaan haiwan dalam perubatan tradisional turut memberikan impak dalam komuniti pribumi dan
juga persekitaran. Kes yang paling ketara ialah ancaman kepupusan terhadap haiwan yang dilindungi
seperti Harimau (Panthera tigris), Beruang Matahari (Helecartos malayanus), Tenggiling (Manis javanica)
dan banyak lagi. Malah permintaan terhadap haiwan bagi tujuan perubatan juga semakin meningkat di
negara-negara Asia yang menyebabkan pemburuan secara tidak terkawal turut berlaku secara tidak
langsung. Selain itu, keberkesanan terhadap penggunaan organ atau haiwan dalam perubatan tradisional
memerlukan kajian mendalam secara saintifik kerana bimbang akan memberi kesan negatif ke atas
pengguna. Penggunaan hempedu beruang secara berlebihan dilaporkan boleh menyebabkan keracunan
dan juga jaundis (Siti Zubaidah et al. 2012).
Dalam perubatan tradisional orang-orang Melayu, haiwan kecil seperti lintah, belut, cacing, ikan
haruan dan katak kerap digunakan sebagai bahan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Perkara ini ada
disebut dalam buku Warisan Perubatan Melayu yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Terdapat juga anggota atau bahagian tertentu yang diambil daripada haiwan bersaiz sederhana dan
bersaiz besar untuk dijadikan ubat-ubatan. Contohnya tulang sotong, sepit ketam, hempedu kambing,
hempedu landak, mempedal ayam, duri dan lemak landak, lemak pelanduk, hempedu harimau, hempedu
sawa, gading gajah, geraham dan susu badak, tanduk rusa, hati unta dan sebagainya (M. Wan Zahari et al.,
t.t) .
KESIMPULAN
Sejak sekian lama Orang Melayu mempunyai hubungan erat dan unik dengan haiwan dan ini
sedikit sebanyak membentuk keperibadian Orang Melayu itu sendiri. Ini digambarkan dengan perbidalan
dan perumpamaan berkaitan haiwan yang terus kekal hingga kini seperti “Bagai menutup bangkai gajah”
dan “Bagai ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus”. Hakikatnya, masyarakat Melayu pada zaman
dahulu banyak bergantung kepada unsur alam sekitar seperti haiwan untuk pelbagai tujuan, antaranya
merawat penyakit yang mana, haiwan dijadikan ubat bagi meredakan kesakitan dan jampi serapah turut
digunakan bagi menyembuhkan penyakit. Kisah hubungan yang terjalin antara masyarakat Melayu dengan
haiwan boleh didapati dalam sumber-sumber yang kerap memerihalkan khasnya dalam manuskrip-
manuskrip lama atau naskhah-naskhah Melayu. Satu hal lain yang turut mendukung hubungan manusia
dengan haiwan terjalin dengan erat adalah jumlah haiwan yang besar serta kebolehan masyarakat Melayu
untuk mendalami ilmu tentang haiwan-haiwan tersebut. Maka, hubungan antara masyarakat Melayu dan
haiwan pada zaman silam jelas memperlihatkan kepentingan haiwan dalam meneruskan kelangsungan
hidup masyarakat ketika itu. Justeru, kajian lanjutan boleh dilaksanakan berkaitan faktor yang
menyumbang kepada terbinanya hubungan erat antara Orang Melayu dengan haiwan serta bagaimana
pengaruh istana dalam mempengaruhi sikap serta amalan rakyat dalam hubungan mereka dengan haiwan.
PENGHARGAAN
Terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi peluang untuk artikel ini dibentangkan di
International Conference on Local Wisdom of The Malay Archipelago (COLLEGA2023).
RUJUKAN
Ahmad Fauzi Mohd Basri. (1992). Misa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Jelani Harun. (2011). Umpama sebuah bahtera, Kajian naskhah Melayu sejarah Kesultanan Negeri
Perak. Arkib Negara Malaysia.
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 502 -

