Page 519 - Proceedings Collega2023
P. 519

THE RELATIONSHIP OF LOCAL WISDOM OF HERBS WITH HUMAN LIFE

                                                   IN ADOLESCENT’S NOVEL
                       Herbs  are  one  of  the  local  wisdoms  that  are  increasingly  gaining  a  place  in  medicine  today,

               especially in traditional Malay medicine. Herbs are plants that have value mainly in terms of nutrition and
               medicine. Today's young generation, especially adolescents, are less familiar with herbal plants that are
               grown in their environment or in this country. Therefore, two adolescent novels have been chosen to
               highlight the local wisdom of herbs to adolescents. The two selected youth novels are Herba Legasi Bonda
               (2015) by Samsiah Mohd Nor. The knowledge of herbs is widely displayed in this novel and further can
               introduce herbal plants to readers, especially adolescents. This study discusses the importance of herbal
               plants for health and human life. In addition, through the herbs shown in the text of this study can reflect
               the values of humanity and love in life.

               Keywords: herbs, local wisdom, health, adolescent novel, traditional medicine, Malay, Malay traditional
               medicine



               Pendahuluan
                       Kesedaran  masyarakat  mengenai  khasiat  herba  sebagai  bahan  perubatan  telah  berkembang
               dengan pesat di seluruh dunia pada penghujung abad ke-20. Herba digunakan dalam kalangan masyarakat
               Melayu  merangkumi  pelbagai  gunaan  bermula  daripada  ramuan  dalam  masakan  hinggalah  kepada
               perubatan.  Herba  tidak  dapat  dipisahkan  dari  resam  kehidupan  orang  Melayu.  Masyarakat  Melayu
               menitikberatkan amalan penggunaan rempah ratus terutama terhadap anak-anak perempuan. (Fazidah
               Rosli, Noorshilawati Abdul Aziz & Nur Masriyah Hamzah, 2015, p. 48). Namun demikian, pada zaman
               moden  kini  ramai  yang  tidak  mengetahui  tentang  herba,  apatah  pagi  fungsi  dan  khasiat  herba  juga
               langsung  tidak  diketahui.   Keadaan  ini amatlah  merugikan  masyarakat  pada  masa  kini  lebih-lebih  lagi
               kepada generasi muda. Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO),
               dianggarkan  sekurang-kurangnya  80%  daripada  populasi  penduduk  Dunia  Ketiga  pada  hari  ini
               kebanyakannya masih bergantung kepada perubatan tradisional, yang menggunakan pelbagai tanaman
               herba ubatan dalam penjagaan kesihatan mereka (Plate, K. & K. Srinivasan, 1997, p. 68- 74).
                       Dalam menyorot kajian lepas berkenaan herba dan teks sastera, terdapat tiga kajian lepas yang
               disorot dalam kajian ini. Kajian pertama oleh Tengku Intan Marlina Tengku Mohd. Ali, Zamre Abu Hassan,
               Mohd Taufik Aridzo Mohd Balwi dan Kamariah Kamarudian (2021) dengan makalah yang bertajuk “Indeks
               Herba dalam Novel Legasi Bonda” mengetengahkan kajian herba dalam novel Legasi Bonda. Kajian ini
               diterbitkan  dalam  buku  yang  disunting  oleh  Mohd  Taufik  Aridzo  Mohd  Balwi  et  al.  dalam  buku
               Etnoperubatan: Falsafah, Konsep dan Amalan Generasi (2021), Penerbit Akademi Pengajian Melayu, Kuala
               Lumpur.  Kajian  ini  memfokuskan  kajian  terhadap  sebuah  novel  remaja  bertajuk,  Herba  Legasi  Bonda
               (2012). Dalam novel Herba Legasi Bonda ini, tanaman herba banyak dipaparkan dan seterusnya menjadi
               keistimewaan  novel  ini  sebagai  wadah  untuk  memperkenalkan  tanaman  herba  kepada  pembaca
               khususnya remaja.  Novel ini ditulis oleh Samsiah Mohd Nor dan diterbitkan oleh Pelangi Novel Sdn. Bhd.,
               Johor  Bharu.    Kajian  kualitatif  ini  menggunakan  data  yang  diperoleh  daripada  teks  kajian  dan  kajian
               kepustakaan. Makalah ini membincangkan sejauh manakah tanaman herba ditonjolkan dalam teks kajian
               sebagai  pengetahuan  kepada  pembaca  khususnya  remaja.  Kesimpulannya  memperlihatkan  bahawa
               tanaman herba banyak ditonjolkan dalam teks kajian mampu memberi pengetahuan kepada pembaca
               tentang nama-nama herba dan khasiatnya terhadap kesihatan.



               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 506 -
   514   515   516   517   518   519   520   521   522   523   524