Page 520 - Proceedings Collega2023
P. 520

Kajian yang kedua oleh Nurhamizah Hashim, Eizah Mat Hussain & Asbah Razali (2021) bertajuk
               “Gambaran Perubatan Tradisional Melayu dalam novel Kudup Hijau Tropikana” dalan buku Mohd Taufik
               Arridzo Mohd Balwi et al. (eds.), Etnoperubatan: Falsafah, Konsep dan Amalan. Kajian ini memfokuskan
               perubatan  Melayu  tradisional  dalam  novel  Kudup  Hijau  Tropikana  karya  Husna  Nazri.  Kajian  ini
               memfokuskan  tentang  perubatan  tradisional  Melayu  termasuklah  herba-herba  yang  digunakan  dalam
               perubatan  tradisional  Melayu  ini.  Kesimpulannya,  novel  kajian  mengangkat  isu  perubatan  tradisonal
               Melayu dan terdapat 12 jenis herba yang memberi pelbagai manfaat kepada khalayak pembaca. Malahan
               herba-herba yang yang ditonjolkan dalam teks kajian ini dapat mencegah penyakit daripada berjangkit dan
               melarat.
                       Seterusnya, kajian ketiga oleh Harun Mat Piah dengan kajiannya yang bertajuk “Ilmu Perubatan
               Melayu  Tradisional  dari  Naskhah-Naskhah  Lama”  diterbitkan  dalam  Journal  of  the  Malay  World  and
               Civilisation (Iman) 3(3), (2015). Kajian ini membicarakan ilmu perubatan Melayu tradisional dari sumber
               tertulis, iaitu manuskrip-manuskrip atau naskhah-naskhah lama Melayu yang tersimpan dalam pelbagai
               koleksi dunia. Sumber utama ialah dari koleksi Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia
               yang menyimpan sekitar 40 naskhah dengan judul atau dalam kategori “Kitab Tib”. Skop perbincangan
               termasuk kandungan beberapa naskhah Kitab Tib yang dipilih, liputan dari segi nama dan bentuk penyakit,
               kaedah rawatan, ubat, proses pembuatan ubat, bahan dan ramuan, kaedah penggunaan, pantang larang
               dan cara pencegahan penyakit. Dibicarakan juga khasiat perubatan beberapa jenis ramuan, khususnya dari
               jenis herba yang ada hubungannya dengan pengubatan dan pemakanan untuk kesihatan secara umum.
               Rujukan khusus perbincangan ini ialah Kitab Tajul Muluk, sebagai sebuah kitab tib yang tipikal dan Kitab
               Tib – Ilmu Perubatan Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia 2006 hasil dari kajian dan selenggaraan
               penulis;  sementara  pemilihan  aspek  dan  item  yang  di  bincang  ialah  yang  mempunyai  perkaitan  dan
               kerelevanannya dalam konteks kehidupan masyarakat Malaysia masa kini. Kesimpulannya, teks Kitab Tib
               versi Terengganu ini dapat dianggap mewakili teks-teks kitab tib lain yang kebanyakannya menumpu pada
               penyakit-penyakit kronik, biasa dan hidapan.

                       Kajian yang dijalankan sekarang berbeza dengan kajian lepas walaupun mengetengahkan isu yang
               sama, iaitu tentang herba. Kajian ini berbeza dengan kajian yang pertama dari sudut hubungan herba
               dengan  masyarakat  Melayu.  Kajian  lepas  hanya  mengetengahkan  herba  sahaja  tanpa  mengaitkan
               hubungan herba tesebut dengan kehidupan masyarakat Melayu. Begitu juga dengan kajian yang kedua di
               atas,  masih  membicarakan  hal  yang  sama,  iaitu  tentang  herba  tanpa  menghubungkannya  dengan
               kehidupan  masyarakat  Melayu.  Kajian  yang  ketiga  pula  membincangkan  tentang  perubatan  Melayu
               tradisional yang terdapat dalam manuskrip Melayu lama. Perubatan tradisonal Melayu yang dibincangkan
               termasuklah khasiat herba untuk kesihatan atau mengubati penyakit. Oleh yang demikian kajian-kajian
               lepas  berbeza  dengan  kajian  sekarang  kerana  kajian  sekarang  memperlihatkan  herba-herba  dan
               hubungannya dengan kehidupan orang Melayu terutamanya dalam mempertautkan nilai kasih sayang
               antara manusia.

                       Teks  yang  dipilih  untuk  kajian  ini  ialah  novel  Herba  Legasi  Bonda  karya  Samsiah  Mohd  Nor
               merupakan  hasil  karya  Kumpulan  Guru  melalui  Program  Pengkarya  Guru  2015,  anjuran  Majlis  Buku
               Kebangsaan  Malaysia.  Menerusi  pelbagai  tema  cerita,  iaitu  sains,  alam  sekitar,  sukan,  jaringan  sosial,
               fiksyen sains, keluarga, maka karya ini bertujuan untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan
               remaja khasnya (Samsiah Mohd Nor, 2015: Kulit belakang novel). Novel ini diterbitkan oleh Pelangi Novel
               Sdn. Bhd. Pada tahun 2015.

                       Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana hubungan kearifan tempatan
               herba dengan masyarakat Melayu dalam novel Herba Legasi Bonda (2015).


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 507 -
   515   516   517   518   519   520   521   522   523   524   525