Page 518 - Proceedings Collega2023
P. 518

HUBUNGAN KEARIFAN TEMPATAN HERBA DENGAN KEHIDUPAN
                                       MANUSIA DALAM NOVEL REMAJA




                                                                                  1
                                         Tengku Intan Marlina TENGKU MOHD ALI
                                                                         2
                                                   Mardian Shah OMAR*
                                                   Nur Amirah CHE SOH   3
                                                  Nurul Haniza SAMSUDIN   4
                                                                            5
                                               Nur Azimah MOHD BUKHARI
                                1,2,3,4,5 Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Malaysia
                                                   1 inmarlin@um.edu.my
                                                  2 mardianso@um.edu.my
                                              3 nuramirah_chesoh@um.edu.my
                                                  4 haniza_85@um.edu.my
                                               5 azimah_bukhari@um.edu.my



                                                        ABSTRAK
                       Herba merupakan salah satu kearifan tempatan yang semakin mendapat tempat dalam perubatan
               hari ini khususnya dalam perubatan tradisonal Melayu. Herba ialah tumbuh-tumbuhan yang mempunyai
               nilai terutamanya dari segi khasiat dan perubatan.  Generasi muda pada masa kini khususnya remaja
               kurang mengenali tanaman herba yang ditanam di persekitaran mereka atau di negara ini.  Oleh yang
               demikian, sebuah novel remaja telah dipilih untuk mengenengahkan kearifan tempatan herba kepada
               remaja. Sebuah novel remaja terpilih tersebut ialah Herba Legasi Bonda (2012) karya Samsiah Mohd Nor.
               Ilmu herba banyak dipaparkan dalam novel ini dan seterusnya menjadi wadah untuk memperkenalkan
               tanaman herba kepada pembaca khususnya remaja.  Kajian kualitatif ini menggunakan data yang diperoleh
               daripada teks kajian dan kajian kepustakaan. Kajian ini membincangkan kepentingan tanaman herba untuk
               kesihatan dan kehidupan manusia. Kesimpulannya memperlihatkan bahawa tanaman herba yang banyak
               ditonjolkan  dalam  teks  kajian  dapat  memberi  pengetahuan  kepada  masyarakat  khususnya  remaja
               terhadap  kepentingan  dan  khasiat  herba  terhadap  kesihatan.  Selain  itu,  menerusi  herba  yang
               diperlihatkan  dalam  teks  kajian  ini  dapat  mencerminkan  nilai  kemanusiaan  dan  kasih  sayang  dalam
               kehidupan.



               Kata Kunci:  herba, kearifan tempatan, kesihatan, novel remaja, perubatan tradisional, Melayu, perubatan
               tradional Melayu








               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 505 -
   513   514   515   516   517   518   519   520   521   522   523