Page 513 - Proceedings Collega2023
P. 513
Lagenda Tasik Chini Mengikut lagenda Orang Asli, tasik misteri ini didiami oleh seekor naga iaitu Naga Sri
Gumum yang bersisik besi. Ada yang juga merujuk naga ini sebagai gergasi Loch Ness di Malaysia. Malah,
kawasan tasik yang berbukit-bukau turut dikatakan menyerupai bahagian belakang seekor naga.
Walaupun terdapat beberapa laporan kemunculan naga ini dari semasa ke semasa, namun semuanya tidak
pernah dibuktikan secara saintifik.
iii) Duyung
Digambarkan sebagai makhluk yang hidup di dalam air. Berbadan manusia tetapi berekor ikan. Selalunya
berjantina betina dan berwajah cantik atau rupawan.Dikatakan zaman dahulu ada nelayan yang
terserempak atau tertangkap di jiran. Menjadi cerita utama penglipur lara menyatakan ada kisah cinta
antara duyung dan manusia.
Kisah hubungan yang terjalin antara masyarakat Melayu dengan haiwan boleh didapati dalam
sumber yang kerap memerihalkan khasnya dalam manuskrip lama atau naskhah Melayu. Sejarah Melayu
misalnya, antara sumber agung yang dilihat kerap memerihalkan episod-episod haiwan yang banyak
terdapat dalam naskhah tersebut. Catatan daripada naskhah sejarah Melayu antara sumber yang
bertanggungjawab memperlihatkan betapa sejak sekian lama hubungan antara masyarakat Melayu
dengan haiwan telah terjalin. Paling ketara dalam konteks jalinan hubungan ini apabila kewujudan atau
pembukaan suatu lokasi penempatan pasti akan mempunyai hubung kait dengan nama haiwan. Misalnya
salah satu tempat yang dinyatakan dalam sejarah Melayu iaitu Biawak Busuk diperoleh kerana Sultan
Iskandar Shah yang bergerak menuju ke Muar melalui kawasan tersebut yang terdapat beratus-ratus
biawak mati sehingga mengeluarkan bau busuk. Ekoran daripada peristiwa tersebut, ilham diperoleh
untuk menamakan kawasan tersebut sebagai Biawak Busuk (Muhammad, 2009). Di Perak beberapa
tempat dinamakan berkaitan gajah seperti Batu Gajah, Kubu Gajah dan Kampung Gajah manakala nama
Pulau Langkawi diperoleh daripada burung helang yang banyak terdapat di situ.
Naskhah Misa Melayu yang kerap mencerminkan hubungan masyarakat Melayu dengan haiwan
yang mana haiwan dijadikan sebagai alat kesukanan dan persembahan untuk meraikan keluarga golongan
bangsawan atau diraja, misalnya semasa upacara pertunangan Raja Budak Rasul dengan Raja Muda.
Dalam tradisi masyarakat Melayu silam mereka mempersembahkan kerbau, kambing, ayam dan itik
sebagai hadiah dalam upacara pertunangan atau perkahwinan. Turut tidak terkecuali masyarakat Melayu
turut mengadakan kegiatan sabung ayam bagi meraikan pertunangan anakanda Sultan Muzaffar Shah
tersebut (Ahmad Fauzi, 1992).
Gajah dalam latar kehidupan masyarakat silam bukan hanya dijadikan sebagai kenderaan bagi
meredah hutan belukar, mengharungi paya, sungai, denai dan semak samun, tetapi turut digunakan untuk
membawa barang-barang dagangan dibelakangnya juga ditunggangi manusia (Ahmad Jelani, 2011).
Catatan Ibnu Batutah memerihalkan antara gajah dengan masyarakat Melayu mempunyai hubungan yang
intim sejak abad ke-14 lagi iaitu gajah digunakan sebagai medium pengangkutan dalam pelbagai urusan
masyarakat selain sebagai haiwan pengangkut barang. Berdasarkan situasi ini, dua kemungkinan yang
mendorong wujudnya suasana tersebut, pertamanya adalah bilangan gajah yang banyak ketika itu yang
bukan hanya dimiliki oleh golongan bangsawan sahaja, malah turut menjadi haiwan milik masyarakat
Melayu yang biasa. Situasi kedua didorong oleh faktor kemampuan masyarakat Melayu dalam ilmu
menjinakkan gajah, sehingga wujudnya Mantera Gajah yang di dalamnya terdapat pelbagai ilmu
terutamanya tentang cara pengendalian gajah (Ahmad Jelani, 2011).
Selain itu, gajah disifatkan sebagai pengangkutan yang menjurus kepada kegunaan golongan
bangsawan atau golongan elit. Gajah dikatakan mempunyai hubungan langsung dengan pihak raja dan
pemerintah kerana menjadi haiwan pengangkutan utama raja dan pemerintah untuk bergerak dari satu
tempat ke tempat yang lain. Naskhah Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah, mencatatkan Sultan Ahmad
Tajuddin menggunakan gajah ke Singgora semasa menghadiri upacara Raja Benua Siam yang dikenali
dengan nama Prak Nang Kelau Chow Yew Huwa sekitar tahun 1855 (Muhammad Hassan, 1988). Setiap
pemerintah biasanya mempunyai gajah tunggangan sendiri, seperti yang disuratkan dalam Sejarah
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 500 -

