Page 508 - Proceedings Collega2023
P. 508
HAIWAN SEBAGAI ELEMEN KEARIFAN TEMPATAN DALAM
KALANGAN MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL
Haliza Abdul Rahman 1,2
1 Institut Pengajian Sains Sosial, Putra Infoport, Universiti Putra Malaysia, 43400, Serdang, Selangor,
Malaysia
2 Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
Universiti Putra Malaysia,43400, Serdang, Selangor, Malaysia..
Emel: dr.haliza@upm.edu.my
ABSTRAK
Penemuan fosil membuktikan hubungan antara manusia dan haiwan wujud sejak setengah juta
tahun dahulu. Kerapatan hubungan antara manusia dan haiwan terus kekal sehingga ke hari ini sehingga
memberi kesan terhadap kehidupan masing-masing. Masyarakat Melayu yang diketahui sememangnya
akrab dengan alam. Antara kearifan tempatan yang dapat dikaitkan dengan masyarakat Melayu tradisional
adalah kepercayaan dan hubungkait mereka dengan haiwan. Catatan daripada naskhah sejarah Melayu
antara sumber utama yang memperlihatkan keakraban hubungan antara masyarakat Melayu dengan
haiwan telah terjalin. Justeru, objektif kajian ini dijalankan adalah, (i) Melihat pertalian hubungan antara
Orang Melayu dahulu dengan haiwan melalui apa yang dikenali sebagai kearifan tempatan, dan (ii)
Membuktikan keakraban hubungan Orang Melayu dengan haiwan melalui sokongan daripada
data/maklumat daripada sumber sekunder seperti jurnal, buku, bab dalam buku, prosiding, akhbar dan
laman sesawang. Kaedah kajian adalah berteras kajian perpustakaan yang mana maklumat/data sekunder
berkaitan keakraban hubungan Orang Melayu dengan haiwan diperolehi daripada pelbagai sumber
sekunder seperti jurnal, buku, bab dalam buku, prosiding, akhbar dan laman sesawang. Dapatan kajian
mendapati bahawa, masyarakat Melayu tradisional khususnya mempunyai kisah dan kepercayaan mereka
tersendiri tentang haiwan yang menjadi sebahagian daripada warisan budaya mereka. Hal ini sedikit
sebanyak membentuk keperibadian Orang Melayu itu sendiri. Rentetan itu, mereka mengetahui secara
mendalam tentang haiwan yang mana hubungan ini dapat dilihat dalam pelbagai bentuk sama ada haiwan
sebagai sumber makanan, haiwan peliharaan, alat pengangkutan dan pekerjaan serta ramuan dalam
perubatan. Justeru, kajian lanjutan boleh dijalankan berkaitan faktor yang menyumbang kepada
terbinanya hubungan erat antara Orang Melayu dengan haiwan serta bagaimana pengaruh istana dalam
mempengaruhi sikap serta amalan rakyat dalam hubungan mereka dengan haiwan.
Kata Kunci: Kearifan tempatan; Haiwan; Masyarakat Melayu
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 495 -