Page 509 - Proceedings Collega2023
P. 509
ABSTRACT
Fossil discoveries prove that the relationship between humans and animals existed half a million
years ago. The closeness of the relationship between humans and animals continues to this day, affecting
each other's lives. As known, Malay community is familiar with nature. Among the local wisdom that can
be associated with the traditional Malay community is their belief and relationship with animals. Notes
from Malay historical manuscripts among the main source that shows strong relationship between the
Malay community and animals has been intertwined. Thus, the objective of this study is to see the
relationship between Malays and animals through what is known as local wisdom. In that sequence, a
methodology based on library research related to the research topic by referring to various sources such
as journals, books, proceedings and newspapers was used. The findings show that, the traditional Malay
community in particular has its own stories and beliefs about animals that are part of their cultural
heritage. This to some extent forms the personality of the Malays themselves. Therefore, they know
deeply about animals where this relationship can be seen in various forms whether animals as a source of
food, pets, means of transport and work and ingredients in medicine.
Keywords: Local knowledge; Animals; Malay community; Relationship; Survival
PENGENALAN
Kearifan tempatan ditakrifkan dengan kepandaian tempatan yang penuh dengan hikmah, nilai-
nilai baik, dipraktikkan dan diikuti oleh masyarakat (Muhammad Din, 2017). Kearifan tempatan biasanya
tercermin dalam rutin hidup masyarakat yang telah berlangsung lama. Menurut Suhartini (2009) pula,
kearifan tempatan adalah kearifan lingkungan yang wujud dalam setiap masyarakat yang dilihat
berpandukan kepada nilai dan perlakuan masyarakat di sesuatu tempat dalam menjalani kehidupan
seharian dan berinteraksi sesama manusia dan alam sekitar.
Justeru adalah menjadi kelaziman bahawa kearifan tempatan merujuk kepada penerapan ilmu
dalam tradisi peribumi serta budaya atau masyarakat tempatan (Ann, 2016). Lantaran itu, Mohd Jirey et
al. (2017) melihat kearifan tempatan dari sudut pengetahuan dengan mengatakan bahawa ianya adalah
lambang kepada pengetahuan yang terkumpul dalam amalan komuniti sesebuah masyarakat tempatan
(local knowledge). Kemunculan kearifan tempatan dalam masyarakat merupakan hasil daripada proses
trial and error, pelbagai pengetahuan empiris mahupun non-empiris atau yang estetik mahupun intuitif
(Teezzi, et.al. dalam Ridwan 2007).
Orang Melayu yang mendiami kawasan Nusantara mempunyai adat resam turun-temurun.
Kepintaran mempelajari keadaan alam termasuk haiwan banyak dimiliki bangsa Melayu. Hubungan rapat
Orang Melayu dan haiwan telah berlangsung sejak sekian lama. Malah, masyarakat Melayu awal akan
memerhatikan sesuatu haiwan itu daripada segi rupa, perlakuan, habitat dan sebagainya untuk dijadikan
sebagai perbandingan atau sebagai asas untuk penceritaan selain turut diserap ke dalam unsur mitos,
lagenda dan cerita-cerita teladan (Nik Fadzly, 2014). Sebagai contoh, dua jenis spesies haiwan yang
lazimnya digunakan untuk melambangkan kecantikan dan kemegahan adalah burung enggang dan burung
merak. Malah, Raja-raja Melayu dahulu juga terkenal dengan ilmu menjinakkan gajah untuk dipelihara dan
dijadikan kenderaan tunggangan (Mashhor dan Mohd Kipli, 2014).
TINJAUAN PERPUSTAKAAN
Kearifan tempatan adalah bentuk usaha manusia yang menggunakan daya pemikiran, akhlak dan
kognitif dalam mendepani isu dan fenomena dalam lingkungan tertentu. Ia juga bermaksud kemampuan
dan kebijakan minda dan moral dalam berinteraksi dengan sesuatu perkara dan isu yang terjadi dalam
masyarakat (I Gusti, 2015). Menurut Geerts (2007), ia adalah produk daripada generasi terdahulu yang
diwarisi dan menjadi rujukan kepada amalan masyarakat seharian.
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 496 -