Page 462 - Proceedings Collega2023
P. 462
ELEMEN-ELEMEN TARIAN JAWA DI DALAM KOREOGRAFI
ASMARADANA AIM 12
Mohamed Na’im Syah Razad MOHAMED ZIN
Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia
naimsyah@uitm.edu.my
ABSTRAK
Penulisan ini akan mengkaji persembahan Tarian Asmaradana di Anugerah Industri Muzik (AIM12)
dan melihat elemen-elemen tarian Jawa yang diketengahkan melalui karya hasil koreografi Pat Ibrahim.
Objektif kajian ini adalah untuk melihat elemen-elemen Tarian Jawa dan juga melihat aspek koreografi
pergerakan, muzik dan kostum akan dikupas serta diteliti. Kajian kualitatif akan digunakan seperti
pemerhatian dan temu bual dengan lebih mendalam bersama Pat Ibrahim sebagai koreografer bagi
mencapai objektif kajian. Matlamat utama kajian adalah untuk melihat elemen tradisional jawa di dalam
koreografi Asmaradana AIM 12 yang telah disuntik dengan elemen kontemporari. Dapatan dari kajian ini
adalah untuk melihat perkembangan dan elemen tarian jawa di dalam karya Asmaradana AIM12 di mana
elemen tradisional dan kontemporari berjaya disatukan dan menjadikan Asmaradana menjadi sebuah
karya yang berunsurkan kreasi baru.
Kata Kunci; koreografi, tari, tradisional, kontemporari, kreasi baru.
Pengenalan
Di Malaysia bukanlah satu perkara yang baru apabila melibatkan penghasilan karya yang
menggabungkan elemen tradisional dan juga kontemporari di dalam sesebuah karya. Proses ini lebih
dikenali dengan istilah kreasi baru atau ciptaan baharu. Di Malaysia penggunaan istilah kreasi baru mula
diguna pakai pada tahun 2012, dimana Jabatan Kesenian Kebudayaan Negara (JKKN) mula
memperkenalkan sebuah program Inspitari. (Rahman, 2018, para. 8) “Inspitari yang dijenamakan dengan
tema Memperkaya Koleksi Tari Kreasi Baru adalah satu garapan daya cipta dan kreativiti ditampilkan dalam
simbolik persembahan tarian ciptaan baru berasaskan imej serta identiti setiap negeri di Malaysia. Malah,
ia turut memaparkan keunikan masyarakat Malaysia yang cuba dikupas Kumpulan Kesenian JKKN seluruh
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 449 -

