Page 460 - Proceedings Collega2023
P. 460
Bersiap siaga anak jejaka,
Ura-ura berpencak silat;
Sumpah warga bumi Merdeka,
Pertahan negara terus berdaulat.
(Pantun Pak Nazel 2, Nazel Hashim Mohamad: 2015; hantaran 30 0gos 2023)
Usah menuba di tengah hari,
Patah kemudi diganti galah;
Usah berhiba meratap diri,
Berserah diri kepada Allah.
(Khazanah Pantun Melayu Riau DBP, 2007; hantaran 11 Ogos 2023)
Orang memukat pagi dan petang,
Rezeki besar ikan berlimpah;
Orang beradat berhati lapang,
Dari bertengkar biar mengalah.
(Khazanah Pantun Melayu Riau DBP, 2007; hantaran 10 Ogos 2023)
Putus sudah tali kecapi,
Manakan ada orang berdendang;
Pupus sudah kasih di hati,
Manakan hamba mahu bertandang.
(Khazanah Pantun Melayu Riau, DBP, 2007 : 9 Ogos 2023)
Sejak meranting tangkai mempelam,
Banyaklah rotan tumbuh di padang;
Sejak kucing pandai menyelam,
Banyaklah ikan menempah pedang.
(Khazanah Pantun Melayu Riau, DBP, 2007; hantaran 8 Ogos 2023)
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 447 -