Page 459 - Proceedings Collega2023
P. 459

Tentulah hamba akan terpikat.

                       (Khazanah Pantun Melayu Riau DBP, 2007; hantaran 22 Ogos 2023



                       Andainya sudah memakai kain,
                       Elok sekali mengenakan baju;

                       Andainya sudah bernikah kahwin,

                       Duduk berdiri menjaga malu.

                       (Khazanah Pantun Melayu Riau DBP, 2007; hantaran 21 Ogos 2023



                       Apabila mengerat betung,
                       Jangan sampai terluka jari;

                       Apabila mendapat untung,

                       Janganlah sampai lupa diri.

                       (Khazanah Pantun Melayu Riau DBP, 2007; hantaran 18 Ogos 2023)




                       Niat hati memasak sayur,

                       Sayang segan menggiling lada;

                       Hajat hati hendak menegur,

                       Sayang tuan berpaling muka.

                       (Kurik Kundi Merah Saga DBP, 2005; hantaran 15 Ogos 2023)


                       Berkilat papan seperti cermin,

                       Bila dibilas belangnya kusam;

                       Beratlah badan menjadi pemimpin,

                       Bekerja keras siang dan malam.
                       (Khazanah Pantun Melayu Riau DBP, 2007; hantaran 14 Ogos 2023)







               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 446 -
   454   455   456   457   458   459   460   461   462   463   464