Page 244 - Proceedings Collega2023
P. 244

berdasarkan
                      bahan
                      rangsangan.

                B12   Saya     boleh  1        6        22       32       7         3.56   0.85       Tinggi
                      mencipta  seni
                                      (1.5%)  (8.8%)    (32.4%)  (47.1%)  (10.3%)
                      kata lagu secara
                      lisan   dengan
                      bahasa    yang
                      indah      dan
                      santun
                      berdasarkan
                      bahan
                      rangasangan.
                      Keseluruhan                                                   3.72   0.54       Tinggi



                       Semua item dalam konstruk Bahagian B ini mencatatkan tahap min yang tinggi kerana melebihi
               skor min 3.00 (Musa dan Samsudin; 2021). Min bagi item yang paling tinggi iaitu M=3.96; S.P=0.47 bagi
               konstruk soal selidik ini  ialah guru boleh menilai maklumat tersurat dan tersirat berdasarkan puisi, cerita
               dan  nyanyian  lagu.  Penguasaan  guru  dalam  menilai  maklumat  tersurat  dan  tersirat  tersebut  mampu
               membantu murid-murid untuk memahami dan menjelaskan mesej yang terkandung dalam seni bahasa
               dengan baik sekali.

                       Min bagi item yang terendah berbanding nilai skor min bagi item-item yang lain pula ialah M=3.43;
               S.P=0.78 iaitu item penciptaan puisi secara lisan dengan bahasa yang indah dan santun berdasarkan bahan
               rangsangan. Biarpun nilai min yang diperoleh itu berada di tahap yang tinggi namun aras penciptaan atau
               sintesis puisi secara lisan masih kurang dikuasai oleh guru berbanding penciptaan cerita dan nyanyian.
               Perkara  ini  menunjukkan  penguasaan  guru  dalam  kepelbagaian  penciptaan  puisi  masih  kurang
               memuaskan kerana melibatkan pantun, syair, sajak, seloka dan gurindam seperti yang terkandung dalam
               Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu KSSR Semakan 2017 bagi tahun
               empat, lima dan enam.

               Bahagian C: Kemahiran Bacaan oleh Guru dalam Pengimplementasian KBAT bagi Pembelajaran dan
               Pemudahcaraan (PdPc) Aspek Seni Bahasa

                       Seterusnya, Jadual 4 di bawah menunjukkan dapatan kajian rintis daripada soal selidik terhadap
               kemahiran bacaan oleh guru dalam pengimplementasian KBAT bagi pembelajaran dan pemudahcaraan
               (PdPc)  aspek  seni  bahasa.  Berdasarkan  nilai  min  keseluruhan  konstruk  soal  selidik  bahagian  C  yang
               berkaitan dengan kemahiran bacaan oleh guru dalam pengimplementasian KBAT bagi pembelajaran dan
               pemudahcaraan (PdPc) aspek seni bahasa adalah berada di tahap yang tinggi iaitu M=3.99; S.P=0.43.
               Dapatan ini menunjukkan bahawa para guru bahasa Melayu di Hilir Perak memiliki kemahiran bacaan yang
               tinggi dalam pengimplementasian KBAT bagi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) aspek seni bahasa.


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 231 -
   239   240   241   242   243   244   245   246   247   248   249