Page 226 - Proceedings Collega2023
P. 226

PENERBITAN TEATER ALTERNATIF DI MALAYSIA: PENDEKATAN
                                 PENGURUSAN KEWANGAN YANG EFEKTIF



                                                                        1
                                                   Syahrul Fithri MUSA*
                                                                       2
                                                    Hafshizan HASHIM
                                                Hamzah MOHAMED TAHIR       3
                                        1,2,3  Universiti Teknologi MARA, Selangor, Malaysia
                                                   1 sfitri315@uitm.edu.my
                                                   2 hafshizan@uitm.edu.my
                                                  3 hamzah309@uitm.edu.my


                                                          ABSTRAK

                       Teater alternatif lazimnya adalah teater berskala kecil yang mempunyai jurang terutamanya dari
               segi  sumber  kewangan  dan  perbelanjaan  operasi  berbanding  teater  berskala  besar.  Menekankan
               kepentingan pengurusan kewangan yang cekap perlu diberikan tumpuan bagi produksi untuk mencapai
               keuntungan  dan  berdaya  saing.  Menitik  beratkan  kecemerlangan  artistik  sahaja  tidak  memastikan
               keuntungan kewangan yang besar tanpa amalan pengurusan kewangan yang berkesan. Dalam konteks ini,
               pengurusan kewangan yang cekap merupakan penentu penting dalam kejayaan keseluruhan sesebuah
               penerbitan teater. Namun begitu, penerbitan teater alternatif dan berskala kecil menghadapi cabaran
               khusus yang mengekang operasi kewangan mereka. Cabaran ini merangkumi keperluan perbelanjaan yang
               besar untuk elemen seperti penyertaan artis terkenal, usaha promosi dan perbelanjaan set dan prop. Oleh
               itu,  kajian  ini  bertujuan  untuk  melihat  cabaran  pengurusan  kewangan  yang  dihadapi  oleh  penerbitan
               teater berskala kecil dan untuk menggambarkan rangka kerja perancangan kewangan komprehensif yang
               disesuaikan dengan dinamik produksi teater alternatif yang unik. Menggunakan pendekatan kualitatif,
               penyelidikan menggunakan reka bentuk kajian kes, dengan Theatrethreesixty dan Revolution Stage Studio
               bertindak  sebagai  entiti  yang  diberikan  tumpuan  khusus.  Dapatan  kajian  mendapati  beberapa  faktor
               mempengaruhi pengurusan kewangan terutamanya dari segi sumber dana, bilangan ahli produksi dan
               pemahaman skop tugas produksi. Sementara itu beberapa perkara yang boleh menjadi aspek utama untuk
               dititik beratkan dalam merancang pengurusan kewangan teater alternatif adalah dari segi rangka kerja,
               dan penggunaan populariti pelakon.



               Keywords: teater alternatif; skala kecil; penerbitan teater; pengurusan kewangan, teater Malaysia












               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 213 -
   221   222   223   224   225   226   227   228   229   230   231