Page 21 - Proceedings Collega2023
P. 21
dan masalah ketegangan zakar. Walau bagaimanapun, kajian ini lebih memfokuskan kepada urutan
anggota badan berbanding urutan-urutan yang melibatkan wanita untuk bersalin mahupun pemulihan
tenaga batin lelaki. Jadi, pada bahagian analisis nanti penerangan pengkaji akan hanya tertumpu kepada
urutan tradisional Melayu untuk urutan anggota badan dan mengaitkannya dengan aspek-aspek yang
dipengaruhi oleh kedatangan unsur asing dalam seni urutan itu sendiri.
Metodologi Kajian
Kajian ini mengaplikasikan tinjauan deskriptif dengan menggunakan kaedah temu bual dan libat
langsung terhadap subjek kajian. Menurut Mardian Shah Omar & Mashrom Muda (2019), proses temu
bual yang diaplikasikan dalam sesuatu kajian adalah bertujuan untuk mengumpul data mengenai
responden atau informan yang berkaitan. Dalam kajian ini seramai lapan orang tukang urut ditemu bual
dan penglibatan langsung pengkaji dengan beberapa premis urut di sekitar Lembah Kelang. Premis yang
dikenal pasti merupakan premis yang mengambil pekerja asing dan tempatan dalam menjalankan aktiviti
urutan ini. Kebanyakan individu atau tukang urut ini diajar asas urutan badan dan juga bergantung kepada
pengalaman mereka. Temu bual secara rawak dibuat ke atas individu tukang urut yang terdapat di premis-
premis urut tidak kira sama ada orang tempatan atau pun luar negara. Temu bual dijalankan pada waktu
awal petang memandangkan pada waktu ini tidak ramai pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan
urut di premis terpilih. Individu yang menjalankan khidmat urut secara persendirian pula ditemu bual pada
sebelah malam kerana mereka bekerja pada sebelah siangnya. Perkara ini memberi ruang yang lebih
kepada pengkaji untuk menjalankan temu bual secara santai. Kesemua data primer yang diperolehi ini
dihuraikan mengikut objektif kajian yang telah digariskan.
Dapatan Kajian
Bahagian dapatan kajian ini akan dihurai berdasarkan elemen-elemen pengaruh asing yang
mempengaruhi seni urutan Melayu tradisional yang ada pada hari ini. Data-data primer yang dihimpun
dan dikelompokkan mengikut elemen pengaruh asing yang dikenal pasti. Kajian ini mendapati antara
pengaruh asing yang telah dikenal pasti adalah seperti jenis urutan, pengetahuan dan pengalaman tukang
urut, minyak urutan dan herba yang digunakan. Umum mengetahui bahawa urutan dapat memanipulasi
tisu-tisu lembut pada tubuh untuk meredakan ketegangan otot dan kesakitan dengan meningkatkan
pengaliran dan fleksibiliti peraliran darah (Rosnani Ripin, 2016). Berdasarkan penelitian kajian ini, pengkaji
mendapati urutan Melayu boleh dibahagikan kepada dua, iaitu secara tradisional dan secara
kontemporari.
Sehubungan dengan itu, realiti pada masa ini di Malaysia terutamanya masyarakat Melayu,
rawatan pengurutan merupakan usaha penyembuhan yang selamat, efektif, dan tanpa kesan sampingan,
serta dapat memberikan pulangan modal yang baik. Berdasarkan dapatan yang diperolehi, pengkaji
mendapati elemen pertama yang dipengaruhi oleh pengaruh asing adalah jenis urutan. Kini urutan Melayu
tradisional banyak dipengaruhi oleh unsur asing apabila banyak jenis urutan dicampuradukkan ke dalam
urutan tradisional ini. Misalnya, urutan tradisional ini digabungkan dengan beberapa jenis urutan lain
seperti urutan tradisi Thailand, China, India dan jenis urutan seperti kiropraktik dan urutan sukan “sport
massage”. Kajian mendapati ada sesetengah tukang urut terutamanya menggabungkan urutan tradisional
dengan urutan kiropraktik dan ada pula yang menggabungkan dengan “sport massage”. Kebanyakan
tukang urut asing ini diajar oleh tukang urut tempatan dengan asas urutan Melayu tradisional. Secara tidak
langsung tukang urut asing ini menggabungkan urutan yang baru dipelajarinya dengan kebolehan
mengurut yang sedia ada pada mereka, iaitu yang mereka sudah pelajari di negara masing-masing. Melalui
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 8 -

