Page 23 - Proceedings Collega2023
P. 23
daripada tukang urut Thailand, maka mereka akan mengesyorkan ubat-ubatan atau minyak urut yang
dibawa dari Thailand. Begitu juga di sebaliknya dengan premis-premis yang majoritinya terdiri daripada
orang dari Indonesia, Mynmar, China dan India.
Berbeza dengan tukang urut tempatan yang lebih selesa bergerak secara sendiri (secara individu)
yang boleh datang ke rumah pelanggan atau pesakit untuk memberi perkhidmatan. Mereka ini lebih
menggunakan minyak urut sendiri, iaitu minyak urut khas yang mengandungi campuran herba dan dan
akar pokok tertentu. Sesetengah tukang urut yang ditemu bual seakan mengelak jika ditanya apakah
kandungan atau ramuan yang terdapat dalam minyak urut tersebut. Secara visualnya, minyak urut
tersebut kelihatan mengandungi akar-akar kayu, kulit kayu manis, kunyit, cengkih dan sebagainya. Walau
bagaimanapun, minyak urutan ni adalah berbeza-beza mengikut individu tukang urut tersebut. Ada juga
yang mengurut menggunakan minyak pandan yang dicampur dengan mint, minyak herba dengan bau
wanigan dan seumpamanya. Tukang urut tempatan inilah yang masih menggunakan minyak dengan herba
tradisional Melayu. Ada sesetengah tukang urut tempatan ini menggunakan minyak urut yang sedia ada
di pasaran, ada yang menyediakan minyak itu sendiri dengan memasaknya dengan ramuan-ramuan
tertentu. Ada pula yang cuba mencampurkan bahan-bahan tertentu ke dalam minyak yang dibeli dari
pasaran.
Seterusnya, berdasarkan pemerhatian pengkaji, minyak-minyak urut dalam urutan Melayu
sememangnya mempunyai banyak khasiat. Khasiat-khasiat ini telah diperkatakan oleh para pengamal urut
walaupun tiada bukti-bukti kukuh telah ditemui. Walau bagaimanapun, khasiat-khasiat ini wujud
disebabkan adanya kearifan tempatan dalam masyarakat Melayu yang mengetahui akan kekayaan dan
rahsia alam sekeliling mereka. Oleh yang demikian, setelah diteliti, kepelbagaian jenis minyak urut yang
digunakan oleh orang Melayu mempunyai beberapa ciri manfaat yang sama. Setelah diteliti, minyak urut
Melayu amat bermanfaat untuk meningkatkan tenaga, meningkatkan kualiti alat kelamin,
mempercepatkan luka sembuh dan melegakan sakit sendi ataupun otot.
Pelanggan didapati selesa berurut dengan penggunaan Minyak Angin, Minyak Panas ataupun
Minyak Kelapa Pandan untuk tujuan berurut kerana mereka menganggap minyak-minyak ini mampu
memberikan kelegaan kepada otot atau sendi yang tegang. Selain daripada bau wangi pada minyak urut
yang mampu memberikan kelegaan dan ketengangan jiwa kepada pesakit, keadaan minyak yang panas
juga mampu menghasilkan denyutan pada permukaan kutit apabila urutan yang dilakukan. Oleh yang
demikian, keadaan ini sedikit sebanyak akan memberi kelegaan pada pesakit. Selain daripada sakit sendi
dan otot, minyak urut juga mampu memberi kelegaan kepada sakit-sakit ringan seperti demam, sakit
kepala yang berdenyut, bengkak, gatal-gatal kerana serangga dan banyak lagi. Berdasarkan pemerhatian,
penggunaan minyak urut Melayu dalam seni urutan Melayu mampu membantu untuk meningkatkan
tenaga seseorang. Selain daripada urutan itu sendiri berfungsi untuk melancarkan peredaran darah,
penggunaan minyak urut dikatakan mampu membantu untuk memberi kesegaran seterusnya
menambahkan lagi tenaga.
Selain aspek-aspek yang mempengaruhi seni urutan Melayu tradisional yang dinyatakan di
bahagian atas sebelum ini, penggunaan dan pemilihan herba juga dikatakan telah dipengaruhi oleh
kedatangan tukang urut asing ini. Tukang urut asing ini dipercayai menggunakan herba, daun-daunan dan
bunga-bungaan dalam sesi urutan mereka. Bagi tukang urut tempatan mereka bukan sahaja menggunakan
herba yang melibatkan penggunaan daun-daunan dan bunga-bungaan malah melibatkan akar-akar kayu.
Terdapat juga herba yang sama digunakan oleh tukang-tukang urut ini sama ada yang berkhidmat di
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 10 -

