Page 16 - Proceedings Collega2023
P. 16

EXTERNAL INFLUENCES IN LOCAL WISDOM, THE MALAY ART
                                                   OF MASSAGES




                                                         ABSTRACT

                         Today,  the  art of Malay  massage, which  is  also  one of the  local  wisdoms,  is  increasingly  in
               demand. The high demand from the surrounding community has caused more individuals from inside or
               outside the country to get involved in this industry. This affects the local wisdom to be influenced by
               external  elements  and  become  mixed.  Thus,  this  study  tries  to  identify  the  external  influences  that
               manipulate this traditional Malay massage art and what aspects have been influenced in this kind of local
               wisdom. This study applies a descriptive qualitative method to analyze the data, which is made through
               interviews  and  direct  observation.  A  total  of  eight  massage  therapists  were  interviewed  and  directly
               observed in selected massage places, which are around the Klang Valley, including Kuala Lumpur and
               Selangor. The results of the study show the presence of external influences in the aspects of the type of
               massage that is practiced, the techniques that are applied and the materials that are used. This study also
               found  the  involvement  of  foreigners  such  as  Indonesia,  Thailand,  Myanmar,  India,  and  China.  This
               traditional Malay massage art needs to be given attention and made into a formal training program so that
               this local wisdom is not going to be lost without an heir or disappear under foreign influence.


               Keywords: massages, arts, Malay traditional, local wisdom, external influences



               Pengenalan
                       Kemajuan  negara  dalam  bidang  teknologi  tidak  membataskan  permintaan  ramai  terhadap
               khidmat urutan Melayu tradisional yang merupakan salah satu kearifan tempatan yang ada. Menurut
               Fazurawati Che Lah (2019), urutan tradisional Melayu mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan
               masyarakat  hari  ini.  Hal  ini  adalah  disebabkan  runtunan  keletihan  atau  kepenatan  akibat  daripada
               pekerjaan yang mendesak bagi keperluan kehidupan. Jadi, masyarakat masih memerlukan khidmat urutan
               tradisi  ini  bagi  mendapatkan  kelegaan  dan  kesegaran  pada  badan.  Haliza  Mohd  Riji  (2000)  bersetuju
               bahawa berurut boleh memulihkan kesegaran tubuh badan kerana angin yang tersendat di dalam badan
               boleh dilepaskan hingga pesakit berasa ringan. Urutan sebegitu dilakukan ke atas tubuh badan secara
               keseluruhannya  dan  ini  kebiasaannya  dipraktikkan  dalam  kalangan  mereka  yang  letih  bekerja  sehari
               suntuk.

                       Permintaan yang tinggi daripada kalangan masyarakat di negara ini turut mengundang tukang-
               tukang urut dari luar negara seperti dari China, Indonesia, Thailand, Mynmar, Vietnam dan India datang
               ke negara ini untuk memberikan perkhidmatan urutan ini bagi memenuhi permintaan yang ada. Semakin
               banyak premis dibuka terutamanya di bandar-bandar besar bagi menawarkan khidmat urutan ini. Khidmat
               urutan yang ditawarkan ini turut menawarkan urutan tradisional dan juga jenis urutan dari negara asing
               yang datang ke negara ini. Seni urutan tradisional Melayu ini dilihat semakin bercampuk aduk dengan
               pengaruh-pengaruh luar dengan kedatangan orang asing yang kini banyak mengambil alih aktiviti urutan
               yang ada ini. Kedatangan pengaruh luar yang merancakkan aktiviti urut di negara ini sedikit sebanyak
               menggugat perkembangan seni urutan tradisional Melayu (Fathul Khair & Mardian Shah Omar, 2020, Fatin
               Farhana Japre, 2017 & Wan Noor Hayati, 2015).


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 3 -
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21