Page 22 - Proceedings Collega2023
P. 22
kajian ini, pengkaji mendapati tukang urut asing ini rata-rata datang dari Thailand, Indonesia, China, India
dan Mynmar.
Kepelbagaian yang terdapat dalam jenis urutan yang ada pada masa ini adalah disebabkan tukang
urut ini cuba memberikan kelainan kepada pelanggannya. Kelainan ini penting bagi mereka kerana
terdapatnya persaingan dalam kalangan tukang urut ini di sesebuah premis urut tersebut. Tukang urut
akan mendapat komisen yang lebih tinggi jika lebih ramai pelanggan memilih atau membuat tempahan
terhadap individu tukang urut itu. Selain itu, dengan adanya permintaan terhadap kelainan dalam proses
urutan ini jugalah yang menjadikan urutan Melayu tradisional ini terus bercampur dengan urutan yang
berbeza-beza. Tukang urut akan sentiasa memikirkan atau menggunakan kreativiti masing-masing untuk
mencipta kelainan. Jadi, kearifan tempatan tradisi ini berterusan bercampur baur dan sedikit demi sedikit
hilang keasliannya.
Data kajian turut menunjukkan bahawa urutan Melayu tradisional ini juga dipengaruhi oleh
adanya pengetahuan dan pengalaman sedia ada yang ada pada tukang urut tersebut. Walaupun tukang-
tukang urut ini sudah dibekalkan dengan pengetahuan asas tentang urutan tradisional Melayu, namun
semasa proses atau sesi urutan dilakukan, tukang-tukang urut asing ini secara tidak langsung akan
memasukkan pengetahuan dan pengalaman lepas mereka dalam teknik urutan yang mereka lakukan.
Contohnya, tukang urut dari Thailand dan Indonesia, mereka memasukkan teknik-teknik urutan tradisi dari
negara asal masing-masing. Penglibatan langsung pengkaji dalam sesi urutan ini menunjukkan terdapat
perbezaan dari segi teknik urutan yang mereka lakukan ke atas pesakit. Bagi tukang urut dari Thailand,
mereka lebih menggunakan kayu penyucuk ketika melakukan urutan refleksologi manakala tukang urut
dari Indonesia menggunakan duit syiling bagi tujuan membuang angin di badan. Walaupun pengkaji cuba
mendapatkan nama bagi setiap teknik urutan tersebut, namun tukang urut asing ini mengatakan mereka
hanya belajar teknik berurut sahaja daripada orang tua di tempat asal mereka tanpa mengetahui nama
atau terminologi bagi setiap teknik urutan yang diaplikasikan. Ada sesetengah daripada tukang urut asing
ini sudah boleh berbahasa Melayu dan ada pula yang sudah lama di negara ini tetapi mereka masih sukar
untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu terutamanya yang datang dari Mynmar dan China. Mereka
hanya dapat menuturkan sesuatu yang penting dan berguna kepada pelanggan semasa mereka mengurut.
Dapatan ketiga yang melibatkan pengaruh asing ini adalah penggunaan minyak urut yang
digunakan bagi menjalankan satu-satu sesi urutan. Berdasarkan hasil temu bual, pemerhatian dan
penglibatan secara langsung, pengkaji mendapati penggunaan minyak urut adalah berbeza jika
dibandingkan tukang urut yang menjalankan khidmat secara individu dengan individu yang berkhidmat di
premis-premis urut. Kebanyakan tukang urut yang bergerak secara sendiri ini adalah mereka dalam
kalangan orang tempatan berbanding yang terdapat di premis-premis urut yang terdiri daripada mereka
yang datang dari luar dan sebilangannya adalah dalam kalangan orang tempatan.
Umumnya, minyak urut membawa ciri atau fungsi yang sama dengan teknik urutan Melayu, iaitu
mampu melegakan sakit otot atau sendi. Bagi sesetengah penyakit sakit sendi atau otot akibat kerja kuat,
ataupun berlebih guna tenaga, minyak urut amat membantu untuk memberi kelegaan kepada pesakit
sama ada dengan urutan atau sebaliknya. Kajian mendapati dipremis-premis minya urutan yang digunakan
kebanyakannya adalah sama, iaitu minyak Matahari dan krim (bam) yang berangin untuk kegunaan urutan
badan dan kaki. Bam ini mengandungi ramuan herba dan diimport dari negara jiran, Thailand. Oleh kerana
kebanyakan tukang urut asing ini bekerja di premis-premis maka mereka turut mempengaruhi
penggunaan bahan-bahan urut yang terdapat di premis urut. Misalnya, premis yang kebanyakannya terdiri
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 9 -

