Page 24 - Proceedings Collega2023
P. 24

premis-premis  urut  mahupun  yang  berkhidmat  secara  sendiri.  Walaupun  terdapat  sedikit  perbezaan
               dalam penggunaan herba  ini, namun persamaan yang ada ini adalah disebabkan mereka mempunyai
               kearifan dan kepercayaan yang sama, iaitu juga dari rumpun dan gugus bangsa yang sama.

                       Herba  digunakan  secara  meluas  dalam  masakan,  perubatan  dan  kecantikan.  Perubatan  herba
               lebih banyak menggunakan akar, bunga, kulit pokok dan bahagian lain tumbuhan. Herba yang digunakan
               dalam perubatan boleh terdiri daripada pokok yang melata, menjalar ataupun pokok renek. Perubatan ini
               mendapat  perhatian  masyarakat  di  Malaysia  kerana  tidak  menggunakan  bahan-bahan  kimia  yang
               berbahaya malah merupakan kaedah yang selamat dan tidak memberi kesan sampingan terhadap tubuh
               badan  manusia.  Penggunaan  herba  dalam  perubatan  tradisional  adalah  sebagai  pelengkap  kepada
               rawatan untuk pelbagai penyakit. Perubatan herba juga boleh digunakan dalam urutan tradisonal Melayu
               untuk membantu pesakit sembuh dengan cepat dan baik.

                       Umum  mengetahui  bahawa  tumbuh-tumbuhan  herba  mempunyai  nilai  dan  potensi  dari  segi
               perubatan, khasiat makanan dan baunya. Kaedah rawatan herba sering menggunakan akar, bunga, buah,
               putik, pucuk, daun, biji, kulit pokok, dan batang daripada tumbuhan herba ini. Pengubatan berasaskan
               herba  adalah  amalan  perubatan  tradisi  berasaskan  kegunaan  tumbuh-tumbuhan  dan  pati  tumbuhan.
               Salah seorang responden dalam kajian ini melaporkan bahawa beliau sedaya upaya berusaha memulihkan
               suaminya yang mengalami strok bahagian kanan badan secara tiba-tiba. Beliau mula mendalami ilmu
               perubatan  herba  dan  urutan  refleksologi  daripada  ibunya  yang  juga  seorang  bidan  serta  tukang  urut
               tradisional.  Sebaik  suaminya  diserang  strok,  dia  terus  belajar  mengurut,  memilih  dan  menyediakan
               dedaunan herba mandian serum serta membuat minyak berasaskan daun bidara. Di bawah usahanya
               selama  tiga  bulan,  suaminya  sudah  pulih  dengan  beransur-ansur.  Hal  ini  membuktikan  bahawa
               penggunaan herba dalam seni urutan ini adalah amat penting dan tinggi kebaikannya.

                       Penyakit-penyakit  lain  yang  lebih  serius  yang  boleh dipulihkan  dengan  cara  mengurut  dengan
               betul dan kerap adalah seperti asma, sakit jantung, kencing manis, lemah tenaga batin, lumpuh dan lain-
               lain. Daun herba boleh direbus dan digunakan untuk rendaman kaki atau mandi. Selepas itu, melakukan
               urutan refleksologi yang dapat membantu melancarkan pengaliran darah, meningkatkan daya tahan diri,
               menyeimbangkan  kedudukan  badan,  menguatkan  otot  kaki,  menguatkan  tulang  dan  pinggul,
               mengurangkan risiko sakit sendi dan mengurangkan masalah pada bahagian peranakan bagi wanita. Tetapi
               harus diingatkan bahawa untuk mendapatkan hasil yang baik, urutan yang sepatutnya adalah urutan yang
               dilakukan dengan sistematik dan teratur.

               Kesimpulan
                       Memang tidak dinafikan bahawa seni urutan Melayu tradisional hari ini telah dipengaruhi oleh
               pengaruh  asing  dari  luar  dengan  adanya  pelbagai  jenis  urutan  baharu  yang  diperkenalkan,  selain
               kedatangan pekerja-pekerja asing yang menjadi tukang urut di premis-premis di bandar-bandar utama.
               Pengaruh asing ini bukan sahaja mempengaruhi jenis urutan yang ada, namun teknik-teknik urutan dari
               luar turut diaplikasikan dalam seni urutan Melayu ini. Bukan itu sahaja malah minyak urut dan herba yang
               digunakan  juga  berasimilasi  dengan  pengalaman  dan  pengetahuan  tukang-tukang  urut  asing  ini.  Ini
               membuktikan bahawa semakin lama tukang-tukang urut asing ini berkhidmat di negara ini maka semakin
               luas budaya, pengetahuan dan pengalaman mereka berasimilasi dengan seni urutan Melayu yang sedia
               ada.  Permintaan  yang  tinggi  dalam  bidang  urutan  ini  tidak  kira  sama  ada  pesakit  sebagai  pelanggan
               mahupun tukang urut yang memberi khidmat urutan, kedua-duanya menjadi pemangkin kepada faktor
               seni  urutan  Melayu  ini  terus  berasimilasi  dengan  pengaruh  asing  ini.  Pengaruh  asing  inilah  yang


               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 11 -
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29