Page 165 - Proceedings Collega2023
P. 165
Perbincangan
Berdasarkan penelitian yang telah dibuat, didapati bahawa manusia mempunyai hubungan yang
sangat erat dengan alam sekitar. Malah, manusia memerlukan alam sekitar untuk hidup dan alam sekitar
turut bergantung kepada manusia untuk mengekalkan kualiti tersebut. Pembangunan yang dibuat secara
rakus tanpa memperdulikan keseimbangan alam sekitar boleh mengakibatkan bencana kepada kehidupan
manusia bahkan boleh merampas nyawa manusia seperti banjir kilat dan tanah runtuh yang telah meragut
ratusan nyawa manusia. Hal ini berlaku disebabkan manusia telah merosakkan alam sekitar tanpa
mneghiraukan kesan yang berlaku akibat ketidakseimbangan alam sekitar.
Malah, kajian ini juga dapat melihat peranan manusia kepada alam sekitar untuk membantu alam
sekitar mengekalkan kelestarian alam mengikut peranan yang tersendiri. Antara peranan manusia dalam
pengekalan kelestarian alam sekitar ialah peranan pendidik dalam mendidik manusia terhadap
kepentingan penjagaan alam sekitar untuk kelestarian alam. Pendidikan awal perlulah diberikan kepada
generasi muda supaya kumpulan ini mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap penjagaan dan
pemeliharaan alam sekitar kepada manusia sejagat. Pendidikan juga boleh menjadi medium pengantara
yang sangat penting untuk menyedarkan masyarakat dalam isu seperti kesan pembuangan sampah ke
dalam sungai, pengurusan sisa yang tidak terkawal dan juga kesedaran masyarakat terhadap penjagaan
alam sekitar.
Selain itu, manusia juga berperanan memberi teguran kepada masyarakat terhadap perkara yang
berlawan dengan hukum keseimbangan alam seperti aktiviti pembalakan haram, aktiviti menangkap ikan
menggunakan racun, aktiviti perburuan haram dan juga pembangunan yang menggondolkan tanah untuk
sebagai kawasan pembangunan dan juga kawasan pertanian. Langkah yang dibuat oleh pengkarya seperti
Faisal Tehrani telah memberi kesan kepada masyarakat supaya sedar bahawa pentingnya terhadap
penjagaan alam sekitar kepada manusia. Malah, penggiat-penggiat seni telah mengkritik kumpulan
manusia yang membuat kemusnahan secara terang-terangan melalui karya-karyanya. Teguran yang dibuat
ini boleh memberi sindiran keras kepada kumpulan masyarakat yang telah merosakkan alam sekitar tanpa
menghiraukan natijah daripada perbuatan tersebut.
Peranan ketiga ialah peranan kumpulan akademik yang telah membuat kajian terhadap
kelestarian alam sekitar untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang kepentingan kelestarian alam
sekitar kepada masyarakat. Pandangan ahli akademik sangat membantu untuk menyedarkan masyarakat
tentang perkara yang perlu diberi perhatian secara serius melalui kajian yang telah dibuat. Hal ini
menunjukkan bahawa isu-isu global ini telah menjadi serius sehinggakan menjadi sebuah perdebatan
akademik untuk mengatasi masalah kerosakan alam sekitar serta langkah yang perlu diambil untuk
mengatasi kerosakan yang berlaku terhadap alam sekitar.
Kesimpulan
Kesimpulannya, kearifan tempatan adalah penting untuk dipelihara dalam masyarakat untuk
mengekalkan keseimbangan dengan alam sekitar dan juga untuk memelihara alam sekitar. Perkembangan
pengetahuan tempatan tidak boleh dipisahkan dari pengaruh pelbagai faktor yang akan mempengaruhi
tingkah laku manusia terhadap alam sekitar. Kebijaksanaan kearifan tempatan tidak boleh diabaikan begitu
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 152 -

