Page 164 - Proceedings Collega2023
P. 164
bernilai boleh dijadikan sebagai satu hasil karya yang sangat indah. Malah, karya-karya ini juga boleh dijual
dengan harga yang tinggi bergantung ekpada permintaan daripada pengumpul karya seni. Hal ini telah
menunjukkan bahawa usaha yang dibuat oleh penggiat seni dianggap sebagai satu kearifan untuk
menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
2) Pendidikan
Pendidikan telah digunakan sebagai medium untuk menyedarkan manusia tentang sesuatu
perkara terutamanya isu kelestarian global yang berlaku di sekeliling dunia. Peribahasa seperti melentur
buluh biarlah dari rebung dan anak diumpama seperti kain putih dicorakkan oleh ajaran ibubapa
menunjukkan bahawa pendidikan mampu mengubah bagaimana seorang individu itu terbentuk. Menurut
( Hanifah, 2014 dalam Dato et al., 2020) menjelaskan bahawa pendidikan dapat menjadi sebuah medium
yang terbaik dalam mendidik masyarakat umum terhadap pembangunan lestari. Kajian yang dibuat oleh
Dato et al., (2020) menunjukkan pendidikan yang berada di peringkat sekolah boleh mempengaruhi
amalan penjagaan alam sekitar dalam kalangan pelajar. Pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak
sejak awal usia persekolahan mampu membentuk kesedaran pelajar untuk menyumbang kepada
kelestarian alam melalui pemupukan budaya dalam diri pelajar sejak awal usia lagi.
Selain itu, kajian yang dibuat Noor Azizah & Zanaton (2015) menunjukkan bahawa pendidikan
terhadap alam kelestarian alam sekitar telah dibuat melalui pengaplikasian kajian aplikasi kendiri alam
sekitar (KAKAS) melalui enam langkah yang telah dirangka dalam pengaplikasian ini. Langkah pertama
ialah pengenalpastuan amalan pembaziran dalam kehidupan seharian, langkah kedua ialah merancang
kajian kendiri yang dapat menyelesaikan masalah pada langkah dan langkah ketiga pula pelaksanaan kajian
sendiri secara saintifik dan sistematik mengikut kreativiti mereka. Langkah keempat pula dibuat dengan
pemungutan data sekurang-kurangnya 3 kali berserta bukti dan perkongsian kajian sendiri melalui
pembentangan poster pula dibuat dalam langkah kelima. Langkah terakhir dalam pengaplikasian KAKAS
ini ialah pembentangan rumusan kepada hasil kajian yang memberi impak kepada kelestarian alam sekitar
dalam kehidupan seharian.
Hasil daripada pengaplikasian ini pelajar dapar menganalisis konsep, menilai pengalaman dan
membuat pendapat berdasarkan kepada pendapat sendiri. Hal ini dapat membantu pelajar membentuk
satu pemikiran dengan cara menilai diri sendiri dan berfikir secara kritis mengikut perkara yang dilihat
serta difahami dalam proses pembelajaran tersebut. Pelajar dapat memahami proses pembentukan
refleksi sendiri berdasarkan kepada beberapa tema yang diperhatikan dalam proses ini seperti kesedaran,
peka, berjimat cermat, bertanggungjawan, menambah ilmu pengetahuan, meningkatkan amalan serta
perkongsiam ilmu dan juga maklumat yang diperoleh kepada individu yang berada di sekeliling mereka.
Melalui proses pembelajaran berkonsepkan KAKAS ini, pelajar dapat mempelajari perkara yang boleh
menyebabkan kemusnahan kepada alam sekitar dengan lebih efektif. Kajian ini membuktikan bahawa
kesedaran terhadap alam sekitar sangat penting untuk diterapkan ke dalam diri individu untuk melahirkan
masyarakat yang bukan sahaja berkolehan dan berkampuan bahkan turut mempunyai sikap kesedaran
yang sangat tinggi kepada pengurusan dan penceraman alam sekitar.
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 151 -

