Page 160 - Proceedings Collega2023
P. 160
dibuat oleh Zurian & Norjan (2003, dalam Noor Azizah & Zanaton, 2015) menunjukkan bahawa masih
wujud pemikiran masyarakat yang menganggap bahawa peranan menjaga alam sekitar terletak di tangan
kerajaan semata dan tidak sedar tentang tanggungjawab yang perlu dibuat sebagai manusia. Oleh sebab
itu, pendidikan menjadi sebuah medium yang terbaik untuk mendidik masyarakat umum terhadap
pembangunan lestari.
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Berkes, Colding & Folke (2000, dalam Lisdiyono, 2017),
kearifan tempatan boleh didefinisikan sebagai nilai-nilai masyarakat tempatan atau tingkah laku
masyarakat dalam berinteraksi dengan persekitaran yang dilakukan secara bijaksana serta berterusan
dengan tradisi yang telah diamalkan oleh masyarakat. Lisdiyono (2017) juga menyatakan bahawa
kebijaksanaan tempatan adalah satu bentuk kebijaksanaan alam sekitar yang wujud dalam kehidupan
sosial di tempat atau kawasan masyarakat tersebut. Kearifan tempatan juga tediri daripada dimensi sosial
dan budaya yang kuat kerana terdiri daripada pelbagai aktiviti manusia dalam kehidupan sosial. Kearifan
tempatan juga boleh dilihat dalam pelbagai bentuk seperti idea, nilai, norma dan juga peratudan dalam
alam budaya. Kearifan tempatan yang boleh dilihat dalam sistem sosial pula ialah sistem organisasi ahama,
sistem pengetahuan, sistem dara diri dan juga sistem teknologi.
Kajian yang dibuat oleh Vitasurya (2015) pula mengkaji terhadap kearifan tempatan yang telah
menjadi asas kepada pembangunan berterusan dalam kawasan pelancongan terpencil. Walaupun
kawasan Kalibiru dan Kampung Lopati tidak melalui pembangunan yang mendadak, namun kawasan itu
berjaya menarik tarikan pelancong luar disebabkan oleh kearifan tempatan masyarakat dalam
mempromosikan kawasan tersebut. Masyarakat menggunakan bahan yang terdapat dalam kawasan
sekeliling seperti ubatan herba, kraftangan dan makanan tradisional yang boleh dikembangkan sebagai
salah satu tarikan utama pelancong ke kawasan tersebut. Hal ini menujukkan bahawa kearifan tempatan
bukan sahaj dapat menghalang berlakunya kerosakan alam, bahkan dapat menambah nilai yang ada pada
sesuatu kawasan untuk menjadikan kawasan itu lebih membangun.
Kajian yang dibuat oleh Andari et al., (2020) pula menjelaskan tentang nilai yang ada pada kearifan
tempatan untuk pelancongan berterusan. Keadaan Kampung Banceuy yang terletak di Indonesia ialah
salah sebuah kampung yang masih mengekalkan kampung tradisional dan mempunyai banyak nilai
kearifan tempatan yang dapat dilihat hasil pemeliharaan yang dibuat. Pemeliharaan budaya dan alam
sekitar telah berjaya menarik minat pelancong dari luar dengan hanya mengekalkan nolai kearifan
tempatan yang telah diturunkan daripada generasi terdahulu. Masyarakat di kampung ini telah hidup
dengan mengamalkan keseimbangan antara manusia, persekitaran fizikal dan persekitaran transendental.
Masyarakat ini masih mengamalkan budaya yang telah diamalkan oleh masyarakat terdahulu seperti ritual
menghormati alam sekitar.
Menurut Darmadi (2018) kearifan tempatan boleh didefinisikan sebagai nilai budaya, idea
tradisional dan pengetahuan tempatan yang bijak, penuh kebijaksanaan, nilai yang baik serta berbudi
pekerti. Nilai-nilai kebijaksanaan tempatan yang diekstrak dari Kampung Tradisional Banceuy boleh dilihat
dalam bentuk tradisi, adat istiadat, seni tradisional dan pemeliharaan semula jadi adalah perkara penting
yang dapat menjadi tarikan pelancong. Keunikannya dapat dilihat dari cara hidup dan kepakaran yang
disampaikan dari nenek moyang mereka dari segi pertanian dan pemeliharaan alam semula jadi yang
sering ditunjukkan dalam bentuk upacara dan upacara tradisional. Oleh sebab itu, kearifan tempatan
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 147 -

