Page 159 - Proceedings Collega2023
P. 159
Ketiga-tiga pelan ini berfokus kepada kelestarian alam agar kelestarian ini terjaga untuk generasi akan
datang.
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Mohd Azlan Abdullah et al., (2012), konsep pembangunan
lestari telah diperkenalkan supaya pembangunan yang dibuat untuk memodenkan habitat manusia
bergerak seimbang tanpa berlaku sebarang perkara yang memusnahkan alam sekitar. Terdapat banyak
perkara yang telah ditekankan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memastikan kelestarian
ala mini terjaga seperti pemeliharaan dan pengurusan umber untuk pembangunan, memelihara hutan
yang masih ada daripada disondol oleh pembalak haram, melindungi alam sekitar dan semua
kepelbagaian kehidupan serta mengawal pencemaran yang berlaku disebabkan oleh sikap manusia itu
sendiri.
Berdasarkan kajian-kajian terdahulu, kesedaran masyarakat Malaysia terhadap kelestarian alam
sekitar ini tidak bersikap menyeluruh dan perkara ini boleh menyebabkan kemusnahan alam sekitar
sekiranya tidak diatasi dengan baik. Melalui kajian terdahulu juga, terdapat usaha yang telah dilakukan
oleh para akademik dan golongan cendikiawan untuk menegur sikap masyarakat yang masih tidak
mengendahkan tentang kelestarian alam ini.
Kajian Literatur
Alam sekitar ialah elemen yang sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia. Menurut Noor
Azizah & Zanaton (2015), alam sekitar sangat diperlukan oleh manusia untuk memenuhi semua keperluan
asas dan juga kehidupan manusia. Malah, alam sekitar yang sihat juga dapat menjamin kualiti hidup alam
yang sejahtera. Alam bukan sahaja menjadi tempat berlindung kehidupan seperti manusia, ungags dan
Binatang malah alam juga menjadi sumber manusia mendapatkan bekalan makanan. Contohnya, perkara
asas yang diperlukan manusia ialah udara, air, makanan dan tempat tinggal. Melalui alam sekitar, manusia
boleh mendapatkan keempat-empat sumber kerana pokok dapat menghasilkan oksigen melalui proses
hipotesintesis manakala air pula diperoleh daripada proses kitaran air melalui sumber seperti Sungai, air
telaga, air mata air dan lain-lain lagi. Alam sekitar juga boleh menjadi sumber makanan melalui tumbuhan
yang ada dalam ekosistem alam sekitar seperti tumbuhan yang boleh dimakan hasilnya. Contoh tumbuhan
yang boleh didapati dalam hutan ialah petai, kerdas, jering dan cendawan yang boleh didapati imbul meliar
di dalam hutan. Malah, manusia juga boleh mendapat sumber protein melalui haiwan yang berada di
dalam air ataupun di darat seperti rusa, kijang, burung ataupun ikan dan pelbagai-bagai jenis jenis hidupan
lagi. Hal ini menunjukkan bahawa manusia sangat memerlukan alam sekitar untuk hidup dan pentingnya
menjaga alam sekitar untuk kehidupan yang akan datang. Alam juga sangat berkait dengan kehidupan
manusia. Mamat (2015) menunjukkan bahawa masyarakat pribumi sangat menghormati alam sekitar
ketika berinteraksi degan alam sekitar. Malah, kehidupan masyarakat ini dipenui dengan kasih sayang yang
perasaan penuh hormat kepada alam sebagai lambang penghargaan kepada alam yang telah menjadi
tempat masyarakat ini berlindung dan mendapatkan sumber makanan untuk meneruskan kehidupan.
Pendidikan sangat penting dalam kehidupan masyarakat sebagai medium untuk mendapatkan
pengetahuan dan juga memberi perubahan kepada tingkah laku individu (Noor Azizah & Zanaton, 2015).
Bukan itu sahaja, pendidikan juga dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pemeliharaan
dan pemuliharaan alam sekitar yang menjadi asas kepada alam sekitar yang sihat. Dalam kajian yang
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 146 -

