Page 161 - Proceedings Collega2023
P. 161
sangat penting dalam menentukan hala tuju pemikiran masyarakat sekaligus dapat mengubah landskap
pemikiran masyarakat ke arah yang lebih progresif.
Kajian yang dibuat oleh Minah (2013) menjelaskan bahawa masyarakat Kadazandusun telah
menggunakan kepercayaan masyarakat tradisional untuk melaksanakan kaedah kelestarian alam.
Amalann-amalan yang dilakukan dapat membantu masyarakat untuk menjaga keseimbangan alam dan
masyarakat yang tidak mematuhi amalan tersebut akan didenda dengan ritual dan denda bersandarkan
kepada adat yang diamalkan oleh masyarakat ini. Malah, kajian yang dibuat oleh Tangil & Amat (2020)
menjelaskan bahawa amalan tradisional dalam menguruskan sumber bukan dapat mengekalkan
keseimbangan alam bahkan dapat menggandakan hasil pengeluaran produk masyarakat tersebut. Oleh
sebab itu, masyarakat Kadazandusun ini sangat menjaga kelestarian alam dalam kalangan masyarakat ini
berdasarkan kepada adat yang diamalkan oleh masyarakat tradisional Kadazandusun.
Objektif Kajian
1. Menganalisis hubungan masyarakat dengan alam sekitar dalam pengaplikasian kelestarian alam
Metodologi Kajian
Kajian ini dibuat dengan menggunakan kajian kepustakaan dan juga kajian lapangan ke kawasan
untuk mengutip data. Pengakaji menggunakan kaedah pemerhatian ke pameran hasil seni yang dibuat
oleh perbadanan berdaftar dengan kerajaan dan galeri seni untuk mandapatkan data tentang usaha yang
dilakukan oleh penggiat seni dalam memelihara alam sekitar. Kaedah temu bual juga dilakukan kepada
pihak informan iaitu badan pengurusan sisa pepejal dan penggiat seni untuk mendapatkan maklumat
tentang hasil karya yang dihasilkan sebagai satu usaha yang murni untuk menyelamatkan alam sekitar.
Dapatan Kajian
Terdapat banyak usaha yang dilakukan oleh masyarakat untuk memelihara kelestarian alam
menggunakan hasil karya seni kearifan tempatan. Melalui bahan kajian yang dibuat, terdapat beberapa
kaedah yang digunakan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan kelestarian alam sekitar
dalam kehidupan manusia.
1) Karya Seni
Kajian yang dibuat oleh Mamat (2015) menunjukkan hubungan antara manusia pribumi dan alam yang
telah ditonjolkan berdasarkan kajian terhadap karya sastera. Masyarakat pribumi ini kaya dengan
pengetahuan terhadap alam sekitar walaupun tidak diberikan pendidikan moden disebabkan masyarakat
pribumi ini sendiri terdedah kepada tanah dan hutan sejak dilahirkan. Malah, setiap tindakan yang dibuat
oleh masyarakat pribumi adalah berpusat kepada kepercayaan masyarakat ini kepada alam. Bersandarkan
novel yang telah ditulis oleh Jong Chian Lai menunjukkan bahawa masyarakat tempatan telah
menggunakan kearifan tempatan untuk menjaga alam sekita supaya kelestarian alam dapat dikekalkan.
Terdapat beberapa elemen yang ditunjukkan oleh penggiat seni dalam karya yang dihasilka untuk
menegur kesan perbuatan manusia ke atas alam. Penggiat seni menghasilkan lukisan-lukisan yang
diperbuat daripada bahan buangan untuk menjadi teladan kepada masyarakat tentang sampah yang boleh
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 148 -

