Page 157 - Proceedings Collega2023
P. 157

ABSTRACT

                       Local wisdom has been passed down from one generation to another to safeguard the benefits of
               the global world especially to preserve the environment. This study highlights the importance of local
               wisdom to maintain environmental sustainability in ensuring that the environment can be maintained for
               future  generations.  Researchers  analyzed  study  materials  based  on  previous  books  and  journals  as
               supporting materials and qualitative studies were carried out in the field to interview informants to obtain
               data and field studies to art galleries to see local works of art produced by artists. The results of the study
               found that people in Malaysia have used arts as local wisdom to provide awareness to future generations
               about the importance of preserving the environment. Therefore, the study of local wisdom is important
               to be highlighted as a global sustainability shield based on sustainable development this century.

               keywords:  development,  environmental  sustainability,  sustainable  development,  environment,
               globalization

               Pengenalan

                       Kelestarian alam dan manusia adalah elemen yang saling berkait dan saling memerlukan antara
               satu sama lain. Manusia memerlukan kelestarian dalam pengurusan alam kerana tanpa keseimbangan
               aktiviti  manusia  boleh  menyebabkan  kebinasaan  kepada  alam  sekitar.  Dalam  mengejar  arus
               pembangunan, kelestarian alam ialah perkara asas yang tidak boleh dipandang enteng dan harus dijadikan
               sebagai  panduan  untuk  menguruskan  alam.  Alam  sekitar  boleh  didefinisikan  sebagai  lingkungan  dan
               keseluruhan keadaan alam sekitar yang terdiri daripada elemen-elemen berinteraksi antara organisma lain
               dalam pelbagai kedudukan. Malah, alam sekitar perlu dilihat sebagai satu sistem yang bergerak sejajar
               dengan komponen-komponen yang terkandung di dalamnya. (Mohd Zuhdi & Amer Saifude, 2002 dalam
               Mamat, 2015)

                       Manusia  perlulah  mengamalkan  etika  alam  sekitar  untuk  memastikan  kesejagatan  manusia
               terjamin. Alam sekitar boleh dibahagikan kepada beberapa pecahan. Antara elemen tersebut ialah alam
               sekitar fizikal yang terdiri daripada elemen seperti air, udara, tanah  dan bahan galian manakala alam
               sekitar biologi pula terdiri daripada haiwan dan tumbuhan yang bernyawa. Elemen ketiga berbentuk sosial
               ialah keseluruhan sistem sosial seperti kebudayaan serta sistem politik dan elemen yang terakhir ialah
               alam bina yang dibuat oleh manusia untuk mencapai sesuatu tujuan seperti kawasan pembangunan atau
               kawasan pertanian. (Abdullah Mohammad Said dalam Mamat, 2015)

                       Perkataan lestari boleh didefinisikan oleh Mohd Azlan Abdullah et al., ( 2012) sebagai sebuah
               konsep yang menekankan keseimbangan aktiviti dan sosial ekonomi malah pada masa yang sama dapat
               mengurangkan kesan yang boleh menjejaskan keperluan generasi akan datang. Pembangunan lestari ialah
               salah  satu  pembangunan  yang  dibuat  agar  dapat  memenuhi  kehendak  dan  keperluan  generasi  akan
               datang yang merangkumi kawalan pendudukan, makanan, keselamatan dan juga sumber tenaga. Noor
               Azizah  &  Zanaton  (2015)  menyatakan  bahawa  kajian  terdahulu  menunjukkan  bahawa  kesedaran
               masyarakat terhadap kepentingan memelihara alam sekitar masih rendah dalam kalangan masyarakat
               Malaysia.  Oleh  itu,  tindakan  yang  efektif  perlu  diambil  untuk  mengatasi  isu  ini  untuk  meningkatkan
               kesedaran masyarakat terhadap isu global ini.



               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 144 -
   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161   162