Page 156 - Proceedings Collega2023
P. 156
KEARIFAN TEMPATAN DALAM PENDIDIKAN SEBAGAI PERISAI
UNTUK KELESTARIAN GLOBAL
LOCAL WISDOM IN EDUCATION AS A SHIELD FOR GLOBAL
SUSTAINABILITY
1
Nurul Asmaa Akmal Md Din*
2
Awang Azman Awang Pawi*
Rosila Bee Mohd Hussain* 3
1,2,3 University Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
1 asmaaakmal73@gmail.com
2 awangazman@gmail.com
3 rosila_bee@um.edu.my
ABSTRAK
Kearifan tempatan telah diturunkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain untuk
menjaga manfaat dunia sejagat terutamanya untuk mempertahankan kelestarian alam. Kajian ini
mengetengahkan kepentingan kearifan tempatan untuk menjaga kelestarian alam dalam memastikan
alam sekitar dapat dipertahankan kepada generasi akan datang. Kajian ini menggunakan pendekatan
kajian kepustakaan dan pendekatan kualitatif. Pengkaji menganalisis bahan kajian berdasarkan buku dan
jurnal terdahulu sebagai bahan sokongan dan kajian kualitatif dibuat secara ke lapangan untuk menemu
bual informan untuk mendapatkan data dan kajian lapangan ke galeri seni untuk melihat karya-karya
tempatan yang dihasilkan oleh penggiat seni. Kajian ini berfokus kepada karya yang dihasilkan oleh
penggiat seni masyarakat Melayu yang digunakan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan
menjaga alam sekitar. Hasil kajian menunjukkan bahawa masyarakat di Malaysia telah menggunakan
kearifan tempatan dalam menghasilkan karya untuk memberikan kesedaran kepada generasi akan datang
tentang kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar. Oleh sebab itu, kajian terhadap kearifan tempatan
ini penting diketengahkan sebagai satu perisai kelestarian global kepada berteraskan kepada
pembangunan mampan pada abad ini.
kata kunci: pembangunan, kelestarian alam, pembangunan mampan, alam sekitar, globalisasi
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 143 -

