Page 99 - Proceedings Collega2023
P. 99
Rajah 5
Pergerakan hujung daun dan bunga diukir ‘menunduk’ (Sumber: Balai Seni Wanpo, 2022)
Dari pemaknaan kod jawi dapat dijelaskan jika pengukir tidak mempunyai ‘kefahaman pengurusan
modal insan’ dengan melaksanakan penghayatan falsafah dan seni ukir yang betul, ia tidak akan
membawa ‘tanda-tanda ke arah kejayaan’ yang menyeluruh. Hasil ukiran yang terhasil juga tidak jelas
aturannya. Sebagai contoh, ia mungkin dapat mengkomersialkan ukirannya tetapi tidak dapat
menyampaikan mesej sebenar dari pedoman Al-Quran dan Sunnah kepada masyarakat. Oleh itu amat
penting untuk setiap pengukir menghayati falsafah sebenar yang ada di sebalik ukiran Melayu yang boleh
diungkap dengan menggunakan kod jawi. Dapat dilihat dari perbandingan di atas, apa yang terdapat di
dalam kod jawi tidak bercanggah malah selari dan bertepatan dengan falsafah ukiran Melayu dan Haji
Zakaria (2022) juga mengesahkan bahawa:
“Pemaknaan dari kod jawi tepat menjelaskan makna di sebalik ukiran melayu – tetapi bukan semua
pengukir kini dapat menghayati falsafah ini seperti mana yang ada di dalam pemaknaan kod jawi ini”.
Kesimpulan
Daripada penelitian, didapati falsafah ukiran Melayu sebenarnya mempunyai rahsia yang begitu
besar maknanya dan perlu dijiwai oleh para pengukir itu terlebih dahulu supaya mesej ini sampai kepada
masyarakat yang menerimanya. Falsafah ini dapat dihayati dan diungkap dengan dokongan teknik kod jawi.
Dapatan kajian dapat disimpulkan bahawa dengan menggunakan kod jawi, ia dapat mendokong
penerokaan kajian dalam bidang seni bina ukiran melayu. Kod jawi dapat membantu dalam memahami
falsafah di sebalik sesuatu perkataan itu dengan lebih baik dan lebih mendalam serta terperinci. Dari kajian
ini dapat disimpulkan bahawa kod jawi mempunyai potensi yang sangat tinggi sebagai satu teknik yang
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 86 -

