Page 104 - Proceedings Collega2023
P. 104
Nordin Selat (1976); agama Islam merupakan rujukan dalam adat ini dan turut diamalkan dalam kehidupan
seharian masyarakat Adat Perpatih. Malah, konteks agama turut mempengaruhi kedudukan pemimpin
dalam Adat Perpatih. Sebagai contoh pemilihan pemimpin mesti melalui proses musyawarah dan
muafakat iaitu mendapat kesepakatan dalam kalangan anak-anak buah untuk pengganti ketua mereka.
Walau bagaimanapun, penggunaan konteks keagaaman terhadap buah buton tidak dinyatakan
secara terperinci. Malah tidak dinyatakan maksud di sebalik tujuan pengaplikasian tersebut. Selain itu,
tidak ada penghuraian yang melibatkan reka bentuk subjek tersebut yang merupakan tumpuan utama
dalam artikel ini. Seperti dinyatakan oleh Siti Haliza Yusop (2017); Abdul Halim Nasir (2016); Mohd Rosli
Saludin (2009); Raja Nafida Raja Shahminan (2007); Yaakub Idrus (1996); Norhalim Ibrahim (1993) dan
Nordin Selat (1976) tentang hubung kait agama dengan perlaksanaan sistem dalam adat ini. Tetapi tidak
dinyatakan secara mendalam berdasarkan ciri-ciri dan reka bentuk buah buton yang terdapat di Luak
Tanah Mengandung. Oleh itu, tujuan artikel ini adalah untuk menghuraikan hubung kait konteks
keagamaan dengan buah buton berdasarkan kehidupan masyarakat Adat Perpatih di Luak Tanah
Mengandung, Negeri Sembilan. Kajian ini turut melihat dari sudut pengamalan ajaran Islam di Luak Tanah
Mengandung yang melibatkan kepimpinan dalam adat tersebut bersandarkan ajaran Islam serta maruah
wanita yang menjadi keutamaan dalam Adat Perpatih. Selain itu, sorotan terhadap artistik ukiran yang
berkonsepkan tiga-dimensi seakan sama dengan ukiran buah buton iaitu elemen yang diukir pada tiang
gantung turut dihuraikan. Perkara ini sebagai memudahkan proses permahaman Adat Perpatih kepada
generasi muda walaupun ianya hanya seni visual tradisi. Tetapi, disebalik konteks kesenian tersebut,
terdapat sebuah permaknaan dan falsafah tentang identiti masyarakat Adat Perpatih. Maka, penghuraian
sorotan kajian tersebut sebagai penyatuan dalam menyokong dapatan kajian bagi menghasilkan sebuah
analisis seterusnya menghasilkan jawapan hasil dari kajian yang dilakukan.
Kajian Literatur
Kepimpinan Adat Perpatih Berteraskan Ajaran Islam
Sistem Adat Perpatih adalah berasaskan nasab ibu atau matrilineal yang mana undang-undang
tidak menetapkan peraturan tertentu yang terpakai bagi hierarki nasab ini (Mualimin Mochammad Sahid,
2018). Setiap amalan mempunyai faedah dan makna tertentu selagi selari dengan ajaran Islam. Dalam
perbilangan Adat Perpatih ada menyebut tentang sistem adat ini yang berkaitan dengan ajaran Islam;
Adat bersendikan syarak
Syarak bersendikan Kitabullah
Syarak Mengata
Adat Memakai
Di Luak Tanah Mengandung, Yamtuan Besar mempunyai kuasa terhadap lima luak di bawahnya
iaitu Luak Ulu Muar, Luak Jempol, Luak Terachi, Luak Gunung Pasir dan Luak Inas. Jawatan Yamtuan Besar
dan Penghulu Luak, serta Datuk Lembaga dan Buapak ditentukan melalui proses musyawarah atau konsep
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 91 -

