Page 97 - Proceedings Collega2023
P. 97

Rajah 2
               Contoh ukiran awan larat jenis ‘beribu’ yang bermula dari punca yang satu kemudian berkembang
               kepada elemen yang lain (Sumber: Balai Seni Wanpo, 2022)
























                       Manakala falsafah seterusnya yakni Tajam tidak menujah kawan, Lilit tidak memaut lawan, Tetapi
               berlegar mesra yang terkait langsung dengan  ك yakni  ‘kefahaman pengurusan modal insan yang punyai

               tanda-tanda kejayaan’ (Jadual 3) dapat dilihat pada perincian ukiran di dalam Rajah 3 dan Rajah 4 yang
               mana batang yang melingkar tidak menusuki batang yang lain malah melingkar secara mesra di antara
               batang yang lain dengan bentuk ‘lengkungan yang lembut’ dan tidak menggunakan bucu-bucu yang tajam.
               Kemahiran teknik pisau juga digunakan dengan penuh keyakinan dengan adanya pembeza ( نر)  untuk
               menghasilkan ukiran yang lebih lembut dan halus berbanding dengan teknik pahat. Pergerakan hujung
               daun  dan  bunga  diukir  ‘menunduk’  bagi  mengingatkan  manusia  tentang  kepentingan  untuk  sentiasa
               tunduk dengan Allah dan sifat rendah diri dan tidak sombong (Rajah 5) di dalam penghidupan. Dapatan
               ini  selari  dengan  Izani  M  (2013)  yang  menjelaskan  bahawa  di  sebalik  ukiran  melayu  itu  terdapatnya
               ekspresi keperibadian orang Melayu itu sendiri yang menjelaskan tentang sifat kedamaian, kebersamaan,
               kesetiaan, kelembutan dan kehalusan.

























               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 84 -
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102