Page 101 - Proceedings Collega2023
P. 101

BUAH BUTON DI LUAK TANAH MENGANDUNG, NEGERI

                        SEMBILAN: HUBUNG KAIT KONTEKS AGAMA DENGAN
                                          MASYARAKAT ADAT PERPATIH



                (BUAH BUTON AT LUAK TANAH MENGANDUNG, NEGERI SEMBILAN: THE INTERRELETION OF RELIGIOUS
                                         CONTEXT WITH ADAT PERPATIH’S COMMUNITY)



                                                                          1
                                                  Fakhrur Razi MAAMOR*
                                                    Sabzali Musa KAHN   1
                                                        Basitah TAIF 2

                           1  Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia
                             2  Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Malaysia

                                                 *1 fakhrurrazi991@gmail.com
                                                     1 sabzali@um.edu.my
                                                    2 basitah@uitm.edu.my

                                                          ABSTRAK

                       Ukiran kayu merupakan identiti kesenian yang menjadikan agama Islam sebagai rujukan utama
               dalam  pembikinan  karya  tersebut  seperti  penggunaan  flora  sebagai  bahan  rujukan.  Tujuan  artikel  ini
               adalah untuk menghuraikan reka bentuk buah buton yang berkonsepkan ukiran tiga-dimensi di Luak Tanah
               Mengandung,  Negeri  Sembilan  yang  berpandukan  pada  konteks  keagamaan  sebagai  rujukan  dalam
               kalangan masyarakat Adat Perpatih. Pengumpulan data melibatkan dua kaedah antaranya kerja lapangan
               bagi  mengenalpasti  rumah-rumah  tradisional  yang  mempunyai  buah  buton  di  sekitar  Luak  Tanah
               Mengandung. Sementara itu, kaedah kedua pula ialah kaedah temu bual iaitu melibatkan waris, pemimpin
               adat, penyelidik atau pengukir dan masyarakat tempatan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kedudukan
               buah buton tergantung di ruangan yang berbeza dan mempunyai ukiran berbentuk tiga-dimensi yang
               bervariasi seperti flora. Intihanya, reka bentuk buah buton dihasilkan berpandukan ajaran Islam selain
               selari dengan kepimpinan dalam masyarakat Adat Perpatih. Kekuatan pengaruh Adat Perpatih yang dibina
               berdasarkan  Islam  sebagai  rujukan  utama  dalam  perlaksanaannya  telah  memberi  pengaruh  terhadap
               banyak aspek kehidupan masyarakatnya termasuk juga seni tradisi mereka. Oleh itu, artikel menyarankan
               agar buah buton yang berkonsepkan ukiran tiga-dimensi ini dapat diaplikasikan pada ruang-ruang menjadi
               tumpuan masyarakat luar seperti masjid, bangunan-bangunan kerajaan dan boleh juga diaplikasikan pada
               pusat membeli-belah sebagai pengenalan identiti warisan bangsa.

               Kata kunci: Adat, agama, ukiran, seni, simbol

                                                         ABSTRACT

               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 88 -
   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106