Page 102 - Proceedings Collega2023
P. 102
Wood carving is an artistic identity that uses Islam as a primary source of inspiration while creating
artwork such flora as subject matter. The aim of the article is to explain the design of buah buton with the
idea of three-dimensional carving at Luak Tanah Mengandung, Negeri Sembilan, which is guided by the
religious context and serves as a reference among the Adat Perpatih community. Data collection includes
two methods, one of which is field work to locate traditional houses with buah buton in the vicinity of Luak
Tanah Mengandung. Meanwhile, the interviews included heirs, traditional leaders, researchers or carvers,
and community representatives. According to the study's findings, the position of buah buton hangs in
different spaces and has three-dimensional shaped carvings that vary like flora. It may be stated that the
design of buah buton is based on Islamic principles as well as the leadership of the Adat Perpatih
community. The power of Adat Perpatih's impact, which is based on Islam as the fundamental reference in
its execution, has affected many elements of its community's lifestyle, including its traditional art. As a
result, the article proposes that buah buton with a three-dimensional carving idea be used in locations that
are associated with the outside community, such as mosque, government buildings and also could apply
at shopping malls, as an identifier of the nation's historical identity.
Keywords: Art, carving, custom, religion, symbol
Pengenalan
Ukiran kayu di Malaysia merupakan identiti kesenian bangsa yang mempamerkan keunikkan dan
kehalusan motif yang diaplikasikan pada permukaan kayu. Masyarakat Melayu secara khususnya
menjadikan seni ukiran ini sebagai maslahat terhadap kehidupan seharian mereka. Menurut Ismail Said
dan Ahmad Saifuddin Abdullah (2001), seni ukiran kayu Melayu dipengaruhi daripada tiga aspek iaitu
status, kepercayaan dan kebudayaan. Setiap aspek ini didokong dengan falsafah, makna dan fungsinya
yang berbeza bagi tujuan penggunaannya (Nila Inangda Manyam Keumala Daud et al., 2012). Masyarakat
Melayu dahulu amat menekankan seni sebagai lambang identiti mereka. Sebagai contoh ukiran kayu yang
diukir dengan penuh kehalusan yang melambangkan sifat kerja orang Melayu yang teliti dalam pembuatan
kerjanya. Keaslian seni tradisi yang ditonjol pula menekankan aspek falsafah dan permaknaan di sebalik
estetika pengkaryaan tradisional tersebut. Kesenian tradisional ini juga merupakan cerminan keperibadian
masyarakat Melayu (Izani Mat M. Hum, 2013). Pelbagai motif dan penggayaan ornamen ukiran yang
diaplikasikan pada seni bina lama seperti istana dan rumah kediaman dan seterusnya melambangkan
status pemilik penghuninya. Reka bentuk seni bina tradisi juga menggambarkan ciri-ciri seorang
pemerintah atau pemimpin dengan menjadikan ukiran kayu sebagai hiasan yang memenuhi ruang luaran
dan dalaman istana tersebut. Sebagai contoh Istana Lama Seri Menanti di Negeri Sembilan. Ukiran pada
istana tersebut hanya boleh didapati pada bahagian tiang, pintu dan lambai-lambai serta corak dan motif
yang terdapat pada ukiran ini kebanyakannya merupakan corak pengukiran tempatan (Raja Nafida Raja
Shahminan, Fawazul Khair Ibrahim, Syed Ahmad Iskandar Syed Ariffin & Gurupiah Mursib, 2009).
Di Negeri Sembilan, buah buton merupakan ukiran tiga dimensi yang digunakan pada rumah-
rumah tradisional sekitar Luak Tanah Mengandung. Nama buah buton itu sendiri diketengahkan oleh Raja
Nafida Raja Shahminan (2007) dalam buku beliau iaitu “Rumah Tradisional Luak Tanah Mengandung:
Kajian Inventori Rumah Bumbung Panjang”. Yaakub Idrus (1996) dalam buku “Rumah Tradisional Negeri
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 89 -

