Page 103 - Proceedings Collega2023
P. 103
Sembilan: Satu Analisis Seni Bina Melayu”, menyatakan bahawa buah buton seperti kepala yang
tergantung di bahagian bawah tiang gantung yang mempunyai pelbagai motif, kelihatan sangat dekoratif
atau sekurang-kurangnya dilarik bulat atau disegi-segikan. Buah buton juga merupakan ukiran yang
berbentuk seperti sarang lebah pada bahagian bawah tiang gantung (Mohd Sabrizaa Abd Rashid & Sufian
Che Amat, 2008). Oleh itu, buah buton yang terdapat pada rumah-rumah tradisional di Luak Tanah
Mengandung mempunyai kepelbagaian reka bentuk. Rekaan yang pelbagai adalah berpandukan pada
elemen flora sebagai rujukan dalam penghasilan subjek tersebut. Oleh itu, dengan kesenian orang Melayu
yang menghasilkan karya seni tradisi dengan berpandukan pada ajaran Islam (Nur Adina Abdul Kadir et al.,
2018). Contohnya motif-motif yang diterapkan pada ukiran Melayu tidak menampakkan sebarang bentuk
figura seperti manusia atau haiwan. Perkara ini dilarang dalam Islam kerana melibatkan pengimejan figura
bernyawa. Sebaliknya, pengukir mengaplikasikan motif-motif berbentuk flora bagi menampakkan
keindahan pada seni tradisi ini.
Setiap elemen seni termasuk rumah tradisional di Luak Tanah Mengandung dibina berpandukan
pada sistem Adat Perpatih yang turut bersandarkan Islam. Perkara ini dinyatakan oleh Abdul Halim Nasir
(2016) dalam buku beliau, “Ukiran Kayu Melayu Tradisi”, setiap elemen yang ditonjolkan dalam kesenian
seperti ukiran dan rumah tradisional Negeri Sembilan secara amnya mempunyai falsafah dan makna
dengan berpandukan pada adat dengan berpandukan pada ajaran Islam yang dibawa oleh masyarakat
perantau Minangkabau ini. Jelas memperkuatkan kenyataan Syed Ahmad Syed Jamal (2010) dalam
bukunya; “Rupa dan Jiwa”, setiap pembuatan seni orang Melayu bersebab dan mempunyai permaknaan.
Gambar 1
Dua buah buton yang terdapat pada Rumah Datuk Muar Bongkok di Kampung Parit Seberang, Kuala Pilah
Oleh itu, buah buton yang dibina adalah selari dengan Adat Perpatih iaitu mempunyai fungsi di
sebalik reka bentuk dan kedudukannya di ruang tertentu dalam atau luar rumah tradisional di Luak Tanah
Mengandung. Kedudukannya di bahagian tertentu mewakili perlambangan dan status kepada keturunan
dan masyarakat dalam Adat Perpatih (Siti Haliza Yusop, 2017; Yaakub Idrus, 1996; & Norhalim Ibrahim,
1985). Sejajar dengan kata adat “adat bersendikan syarak, syarak bersendikan Kitabullah”; reka bentuk
buah buton itu mempunyai pengaruh agama di sebalik pembuatannya. Seperti dinyatakan oleh Mohd Rosli
Saludin (2009), Raja Nafida Raja Shahminan (2007), Yaakub Idrus (1996), Norhalim Ibrahim (1993) dan
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 90 -

