Page 87 - Proceedings Collega2023
P. 87
Dapatan akhir semakan rentas dengan lima (5) Kitab Muktabbar ini menjelaskan bahawa tiada
sebarang percanggahan di antara kesemua tema yang ada di dalam Kod Jawi dengan tema yang telah
digariskan oleh lima (5) kitab Muktabar yang dirujuk. Dapatan ini menjelaskan bahawasanya kod jawi boleh
digunakan dengan sepenuhnya dalam penerokaan ilmu tanpa ragu. Berikut di Jadual 1 adalah Jadual Kod
Jawi sepenuhnya untuk rujukan. Walau bagaimanapun kursus latihan khas perlu dilalui untuk memahami
cara penggunaan Jadual Kod Jawi supaya ia dapat diaplikasikan dengan betul dan efektif. (Sila rujuk penulis
artikel).
Ukiran Melayu
Ukiran Melayu merupakan kraf penting dalam masyarakat Melayu yang mencerminkan tradisi dan
adat tempatan. Ia adalah manifestasi kemahiran artistik tukang dan idea intuitif ke dalam sekeping kayu.
Ia juga merupakan manifestasi proses kreatif peniruan, denaturalisasi, penggayaan dan abstraksi (Zulkifli,
2016). Ukiran Melayu banyak diaplikasikan pada seni bina tradisional dan seni tradisional. Seni bina
tradisional terdiri daripada istana, masjid, rumah kayu, perabot rumah dan komponen ukiran. Kesenian
ukiran Melayu ini yang sering dikaitkan pada karya visualnya tersirat nilai-nilai seperti falsafah, makna,
kemahiran, pemikiran dan teknologi masyarakatnya (Izani, M dan Md Baharuddin A.R, 2021). Sejak
kedatangan Islam, ukiran Melayu telah berubah dan tidak mempunyai ciri-ciri yang bercanggah dengan
syariat Islam. Malah ia menerapkan nilai-nilai estetika yang terpadu dengan nilai akhlak dalam Islam. Ini
dapat dilihat dengan jelas di dalam ukiran Melayu jenis awan larat yang menjadi fokus di dalam kajian ini
(Nor Adina A.K et.al, 2018). Ukiran Melayu ini mengandungi nilai kemahiran, pertukangan, atau kebolehan
yang mengutamakan sensitiviti pada persekitaran, kehalusan, keindahan, dan nilai estetik yang tinggi
(Mohammed Iqbal et.al, 2019)
Metodologi Kajian
Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif dengan analisis kandungan perkaitan antara
perkataan ‘ukiran melayu’ dengan falsafah ukiran Melayu menggunakan teknik kod jawi dan hasil temu
bual mendalam (in-depth interview) dengan Pengukir Haji Zakaria bin Daud dari Balai Seni Wanpo. Ukiran
Melayu yang diteliti di dalam kajian ini adalah hasil kerja dari Balai Seni Wanpo yang dikenali masih
memelihara dan mempraktikkan falsafah ukiran Melayu yang sebenar di sebalik setiap ukiran yang
dihasilkan sehingga kini. Kajian ini akan memberi fokus kepada ukiran Melayu jenis awan larat. Kajian ini
akan menggunakan aplikasi Kod Jawi untuk mengupas keterkaitan perkataan Ukiran Melayu (ويلام ن ر يكوا)
dengan filosofi di sebalik ukiran melayu.
Fasa kajian falsafah Ukiran Melayu ini terbahagi kepada tiga fasa utama:
1) Setiap huruf di dalam sesuatu ‘nama’ atau sesuatu perkataan itu dikodkan berdasarkan Jadual 1.
Dalam konteks kajian ini perkataan ‘Ukiran Melayu’ dipilih untuk diteliti dan ditulis dalam tulisan
jawi - ‘ويلام ن ر يكوا’ dan setiap huruf dikodkan (Rujuk Jadual 2).
2) Setelah itu, gabungan huruf dibuat mengikut suku kata untuk memperolehi pemaknaan kata yang
lebih terperinci (Rujuk Jadual 2)
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 74 -

