Page 83 - Proceedings Collega2023
P. 83
Pengenalan
Jawi dan perkembangan ilmu ketamadunan Melayu
Perkembangan tamadun Islam telah berkembang sejak kurun ke-7 Masihi yang dirintis oleh Nabi
Muhammad S.A.W. Perkembangan ini meliputi beberapa benua termasuk benua Asia. Tamadun Islam ini
tidak cenderung kepada mana-mana bangsa malah ia bangun didasari ajaran agama Islam itu sendiri.
Walaupun pada asalnya ia didominasi oleh bangsa Arab tetapi perkembangan tamadun Islam
kemudiannya berkembang dengan sumbangan dari pelbagai bangsa lain termasuk bangsa Turki semasa
kerajaan Uthmaniah dan bangsa Melayu di bahagian nusantara.
Walaupun demikian tidak dinafikan Bahasa Arab yakni bahasa di dalam Al-Quran itu sendiri
menjadi tunjang kepada pelbagai Ilmu yang berkembang dari situ. Jadi tidak hairan para ilmuwan dari
pelbagai pelosok dunia berusaha mempelajari bahasa arab bagi menguasai ilmu yang berkembang dari Al-
Quran. Bagi menyampaikan mesej ilmu dari Al-Quran di Nusantara, tulisan jawi yang lahir dari tulisan arab
sebagai terjemahan Al-Quran yang berasas dari tiga puluh (30) huruf hijaiyyah di dalam Al-Quran yang
kemudiannya disesuaikan dengan lenggok lidah orang Melayu dengan pengenalan lagi enam (6) huruf
tambahan iaitu cha (چ) pa (ڤ), ga (ݢ)، nga (ڠ) , nya (ڽ), va (ۏ). Pada asasnya tulisan jawi dan ilmu Al-Quran
itu tidak boleh dipisahkan. Peranan tulisan jawi sebagai sumber dalam penyampaian ilmu sangat besar
terutama di dalam agama Islam.
Tulisan jawi dan perkembangan ilmu di dalam ketamadunan Melayu tidak dapat dipisahkan.
Keilmuan di alam Melayu berkembang pesat setelah kedatangan Islam (Siti Izzah et.al, 2021). Tulisan jawi
telah mula wujud di Nusantara seawal tahun ke-3 hijrah yang telah dibuktikan melalui penemuan batu
nisan di Kedah yang tertulis 651 Masihi. Bukti tanda terbesar tentang kehebatan tamadun Islam telah
termaktub di Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303 Masihi yang telah merangkumi pelbagai ilmu
termasuk ilmu undang-undang, ilmu bahasa, ilmu ekonomi, ilmu falak dan ilmu pentadbiran Islam.
Bukti perkembangan ilmu menggunakan tulisan jawi di Nusantara dapat dilihat di dalam
manuskrip lama yang masih banyak belum dikaji. Tetapi penggunaannya tidak terhad di dalam bidang
agama sahaja malah dalam pelbagai bidang ilmu yang lain seperti yang termaktub di dalam Kitab Taj al-
Salatin oleh Bikhari al-Jauhari dan Kitab Bustan al-Salatin karya Nuruddin al-Raniri (Syakila Ahmad et.al,
2018). Seiring dengan Bahasa Melayu yang menjadi lingua Franca pada zaman kegemilangan Melaka suatu
ketika dahulu, tulisan jawi turut digunakan sebagai penulisan bahasa Melayu ini dalam pelbagai urusan
termasuk pentadbiran dan perkembangan ilmu. Walaupun demikian kerelevanan tulisan jawi kini sudah
semakin pudar apabila ia tidak lagi menjadi tulisan utama di dalam penerokaan ilmu baru. Kebanyakan
generasi baru sudah tidak merasai belajar tulisan jawi itu penting kerana tiada tempat yang jelas untuk
mengaplikasikannya (Noraziah M.A et.al, 2018). Jauhnya tulisan jawi dari jiwa anak bangsa menjadikan
peluang untuk meneroka ilmu Al-Quran itu juga semakin jauh. Malah, Mansor (2012) menegaskan bahawa
tulisan jawi adalah satu penanda aras bagi perkembangan tamadun Islam.
Permasalahan utama kajian adalah kebanyakan tumpuan kepada tulisan jawi banyak difokuskan
pada keindahan seninya dan penggunaannya di papan-papan tanda jalan atau bangunan tetapi tidak lagi
digunakan dalam penerokaan ilmu baru. Objektif utama kertas kerja ini adalah untuk mengkaji potensi kod
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 70 -

