Page 685 - Proceedings Collega2023
P. 685
DARI HALAMAN KE DAPUR: HIDANGAN KUIH-MUIH TRADISIONAL
MELAYU MALAYSIA DAN THAILAND SELATAN BERASASKAN
SUMBER ALAM
1
Hishamudin ISAM*
2
Abdonloh KHREEDA-OH
1 Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia
2 Universiti Prince of Songkla, Pattani, Thailand
1 din@uum.edu.my
2 abdonloh.k@psu.ac.th
ABSTRAK
Antara hal menarik yang boleh digali berkenaan gastronomi Melayu ialah sumber bahan yang
digunakan untuk penyediaan kuih-muih tradisional. Kearifan lokal mengenai hal ini biasanya
dimanifestasikan melalui pemanfaatan apa sahaja yang ada di halaman rumah untuk dijadikan hidangan
yang bukan sahaja mengenyangkan, malah cukup berkhasiat, walaupun hanya hidangan pencuci mulut.
Justeru, kertas kerja ini berhasrat untuk mengenal pasti sumber bahan dari halaman yang menjadi aset
penting dalam penyediaan kuih-muih tradisional Melayu yang terdapat di Malaysia dan Thailand Selatan.
Berdasarkan kaedah analisis kualitatif lapangan etnografi terapan, seramai 30 orang responden telah
dipilih, dengan 15 orang responden dari setiap negara melalui kaedah snowball. Hasil penelitian melalui
temu bual bersama responden dari kedua-dua negara, serta sokongan input tambahan daripada kajian
lepas telah memperlihatkan, penyediaan kuih-muih tradisional Melayu di kedua-dua buah negara
dihasilkan dengan menggunakan sumber bahan yang hampir sama, yang kebiasaannya terdapat di
halaman rumah orang Melayu. Pisang, ubi, kelapa dan pulut ialah empat (4) bahan asas yang kebiasaanya
‘wajib’ ada dalam penyediaan kuih-muih tradisional Melayu yang terdapat di Malaysia dan Thailand
Selatan. Penemuan ini menjadi bukti bahawa kearifan lokal dapat mencerminkan sifat dan tingkah laku
orang Melayu dalam memanfaatkan kekayaan sumber alam. Hasilnya wajar didokumentasikan sebagai
suatu usaha menjaga warisan pengekalan tradisi budaya Melayu sejagat.
Kata kunci: gastronomi; kearifan local; sumber alam; kuih-muih tradisional
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 672 -

