Page 682 - Proceedings Collega2023
P. 682

harta  menerusi  kaedah  “penguasaan  ke  atas  sesuatu  yang  harus  yang  belum  dimiliki  oleh  sesiapa
               sebelumnya”  sama  ada  menerusi  kaedah  memulih  dan  menyuburkan  tanah  (ihya’  al-mawat)  atau
               perburuan (al-istiyad) atau pemilikan ke atas sumber alam yang diharuskan (Wahbah al-Zuhaili, 1996).
               Oleh yang demikian, tidak timbul soal penafian hak wanita atau si isteri ke atas harta sepencarian kerana
               mereka turut sama menjana harta menerusi penglibatan dalam bidang-bidang di atas dan bidang-bidang
               ini adalah diharuskan oleh syarak.

                       Harta yang beredar di dalam sistem ekonomi memungkinkan lebih ramai anggota masyarakat
               dapat memanfaatkan sumber tadi bagi tujuan produktif seperti penggunaan dan pelaburan. Pengiktirafan
               Islam terhadap hak wanita dalam menuntut hak sepencarian juga dilihat dapat membantu merealisasikan
               matlamat Syariah yang menggalakan proses peredaran harta dalam ekonomi ini. Hal ini tidak akan terhasil
               sekirnya pihak lelaki atau kaum suami sahaja yang mempunyai hak ke atas sesuatu pemilikan harta. Bagi
               isteri yang diceraikan suami atau yang kematian suami, selain bagi menampung perbelanjaan kehidupan,
               mereka boleh menggunakan harta sepencarian yang dituntut bagi tujuan memulakan kehidupan baru
               seperti  memulakan  perniagaan  atau  perusahaan  tertentu  yang  bersesuaian  dengan  kecenderungan
               mereka.
               Kesimpulan

                       Konsep harta sepencarian adalah satu amalan unik yang ada dalam budaya masyarakat Melayu
               dan  masyarakat  lain  di  Nusantara.  Konsep  ini  menyerlahkan  kebijaksanaan  masyarakat  dahulu  dalam
               menjaga hak dan kebajikan kaum wanita yang berkeluarga. Hal ini tidak berlaku rantau kelahiran Islam.
               Sebagai contoh, di Arab Saudi (Musawah, 2018) dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) (Al-Ghurair, t.t), tiada
               peruntukan tentang aset perkahwinan dalam sistem perundangan di sana. Malah dalam banyak keadaan,
               kaum  wanita  Arab  melepaskan  tuntutan  hak  kewangan  bagi  mengelak  pertikaian  yang  panjang  atau
               kelewatan dalam mendapatkan perceraian. Dalam hal ini, kaum wanita Nusantara adalah lebih bertuah.
               Mereka diberi kedudukan yang istimewa dalam masyarakat. Sumbangan mereka kepada keluarga dan
               masyarakat  diakui  oleh  adat  dan  kemudiannya  diiktiraf  oleh  Syariah.  Kesan  kearifan  tempatan  ini
               membolehkan kaum wanita di Nusantara dari dahulu sehingga sekarang menuntut hak mereka ke atas
               harta sepencarian yang dihasilkan semasa tempoh perkahwinan.

               Rujukan

               Abdul Rahim, R.A., Roslee, M.I., Mansor, M.S., Kahal, S.M., Abd Jalal, A.F., Ismail, A.H.,   Ismail, H., &
                       Said, A. (2018). Pemikiran Fiqh Ulama Kitab Jawi Terpilih. Human Sustainability Procedia, 2018,
                       1-16.
               Abu Hassan, Abdul Walid. (2019). Harta sepencarian: klasifikasi, prosedur dan pelaksanaan Mahkamah
                       Syariah  di  Malaysia.  [Kertas  pembentangan].  Kursus  Asas  Kaedah  Pengurusan  Harta  Keluarga
                       Islam, Kuala Lumpur, Malaysia.
               Ahmad Rusdi, M.T. (Oktober 2019). Pengurusan harta dalam undang-undang adat : perspektif hukum
                       Syarak  [Kertas  pembentangan].  Kursus  Asas  Kaedah  Pengurusan  Harta  Keluarga  Islam,  Kuala
                       Lumpur, Malaysia.

               Ahmad, T.S. (t.t). Harta sepencarian menurut perspektif Islam. https://e-
                       muamalat.islam.gov.my/images/pdf-bahan-
                       ilmiah/HARTA_SEPENCARIAN_MENURUT_PERSPEKTIF_ISLAM.pdf




               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 669 -
   677   678   679   680   681   682   683   684   685   686   687