Page 675 - Proceedings Collega2023
P. 675
UNSUR KEARIFAN TEMPATAN DALAM PEMELIHARAAN HARTA
WANITA ISLAM
1
Muhammad Hisyam MOHAMAD *
2
Wan Roslili MAJID
1,2 Institut Kefahaman Islam Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia
1 hisyam@ikim.gov.my
2 wanros@ikim.gov.my
ABSTRAK
Konsep harta sepencarian adalah satu konsep pembahagian harta yang tidak mempunyai
sandaran nas al-Quran atau al-Hadis. Konsep ini juga tidak diamalkan oleh masyarakat Arab pada zaman
Nabi SAW atau sebelumnya. Namun di Nusantara, konsep harta sepencarian ini diterima pakai dan
diperakui sah oleh para ulama sebagai satu kaedah untuk menentukan bahagian harta si suami dan si isteri
apabila berlalu pembubaran perkahwinan antara keduanya atau apabila si suami berpoligami. Dengan
menggunakan kaedah analisis dokumen, artikel ini cuba mengkaji bagaimana ulama silam melakukan
ijtihad dalam mencari jawapan kepada permasalahan yang berkaitan dengan harta sepencarian ini baik
dari segi konsep dan cara pembahagiannya. Kajian mendapati kebijakan ulama Nusantara dalam
memerhati persekitaran kehidupan masyarakat pada masa tersebut telah berjaya menjustifikasi kearifan
tempatan ini sebagai sah di sisi Syariah dan sekali gus memperakui hak kaum wanita dalam pemilikan harta
yang terhasil semasa tempoh perkahwinan mereka. Dari satu sudut lain pula, penggunaan adat dan
amalan setempat oleh para ulama tersebut sebagai sandaran kepada amalan konsep harta sepencarian ini
turut membantu dalam merealisasikan matlamat penjagaan harta (hifz al-mal) yang terkandung dalam
doktrin maqasid al-Syariah.
Keywords: adat, harta sepencarian; fiqh tempatan; kearifan tempatan;
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 662 -

