Page 590 - Proceedings Collega2023
P. 590

Sorotan Literatur

                       Berdasarkan bahagian sorotan literatur ini, penulis telah mengkaji dan melakukan pembacaan
               berkenaan ideologi pengarah filem secara umumnya dan interpretasinya di Malaysia dalam
               mempengaruhi minat khalayak. Malah, penulis juga melakukan pembacaan berkenaan  gaya
               kepengarahan seseorang pengarah menerusi sesebuah filem. Secara asasnya, ideologi merupakan satu
               bentuk fahaman serta pemikiran yang menimbulkan tindak balas emosi yang berimpak tinggi manakala
               ideologi juga mencerminkan keperluan dan aspirasi sosial individu, kumpulan, kelas, atau budaya
               (Freeden, 2003; Ye, 2012). Selari dengan itu, Pearson dan Simpson (2001) mengutarakan bahawa ideologi
               berupaya mewujudkan sebuah sistem idea dan persepektif – “It is an important work of meaning
               production in the film.” (Pearson & Simpson, 2001). Ye (2012) menerusi penulisannya menyatakan
               bahawa watak perwatakan serta pendekatan ideologi di dalam sesebuah filem berubah mengikut
               peredaran masa – penulisannya yang berdasarkan dua filem terbitan Hollywood yang mempromosi
               ideologi kapitalisme tetapi komuniti dan masa yang berbeza.

                      Seterusnya, gaya pengarahan juga memainkan peranan yang penting di dalam sesebuah filem
               dalam mengetengahkan ciri khas atau ‘signature’ seseorang pengarah tersebut kepada khalayak.
               Menerusi penulisan jurnalnya Auteur Theory and Director Pa. Ranjith: Deconstructing the Reality
               (Koduthor, 2022) yang membicarakan berkenaan konsep kepengarahan seorang pengarah filem daripada
               India. Beliau menghujahkan bahawa filem merupakan sebuah medium bagi para pengarah dalam
               mencerminkan sesuatu perkara mengikut gaya dan ideloginya tersendiri kepada para penonton. Menurut
               Astruc (1948) menerusi penulisannya, The Birth of a New Avantgarde, mengetengahkan bahawa
               pengarah filem mempunyai ruang dan perspektif yang ingin dibawa menerusi filem yang diarahkan.
               Manakala Truffaut (1954) di dalam penulisannya, A Certain Tendency in French Cinema telah
               menghujahkan berkenaan pembikin filem di Amerika Syarikat (U.S) khususnya pengarah yang berjaya
               mengaplikasikan auteurism berbanding di Perancis (France). Seterusnya, Sarris (1962) menerusi
               penulisannya, Notes on Auteur Theory juga menjelaskan bahawa pengarah mempunyai gaya stailistik dan
               pemikiran yang ingin dibawa menerusi medium filem serta beliau juga mengetengahkan 3 kriteria
               pengarahan seperti teknikal, personaliti dan maksud dalaman (interior meaning). Gaya atau stailistik dan
               ideologi yang dibawa oleh seseorang pengarah filem adalah asas teori kepengarahan yang mampu
               menjadi elemen promosi dan signature kepada para penonton (Astruc, 1948; Truffaut, 1954 dan Sarris,
               1962).

               Metodologi
                       Pengeksplorasian dan dapatan penulisan esei ini dilakukan menerusi metodologi atau kaedah
               kualitatif yang berlandaskan terhadap analisis tekstual. Kuckartz (2014) menghujahkan bahawa teks
               merupakan aspek yang penting dan dominan terhadap pengumpulan data kualitatif di dalam bidang
               seperti sains sosial, psikologi dan pendidikan – malah beliau juga menyatakan bahawa teks ini juga boleh
               dipecahkan kepada beberapa aspek seperti gambar, filem, rakaman suara, muzik dan lain-lain.
               Pengeksplorasian ini juga dilakukan sambil merujuk kepada kajian-kajian yang lalu sama ada di dalam
               negara mahupun luar negara. Penulis juga berpandangan terdapat jurang dan isu berkenaan kajian-kajian
               lalu yang dijadikan rujukan menerusi pengeksplorasian dan kajian bagi esei ini. Sejajar dengan itu, esei ini
               diharap dapat memberikan perspektif bahawa seseorang pengarah filem mampu memberikan pengaruh
               kepada minat khalayak terhadap sesebuah filem di Malaysia.




               International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 577 -
   585   586   587   588   589   590   591   592   593   594   595