Page 588 - Proceedings Collega2023
P. 588
MUNAFIK 2 (2018) & MAT KILAU(2022): PENGARUH IDEOLOGI
TEMPATAN DALAM ASPEK PENGARAHAN FILEM DALAMKONTEKS
MALAYSIA
1
MuhammadFarhan NOOR AZIMI
2
ProfessorDrMohdKipli ABDUL RAHMAN
1,2 Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM, Selangor, Malaysia
2022289064@student.uitm.edu.my
mohdkipli@uitm.edu.my
ABSTRAK
Esei ini membincangkan berkenaan pengaruh ideologi tempatan yang dibawa oleh pengarah
filem menerusi filem dalam konteks industri perfileman Malaysia terhadap filem-filem yang dipilih
sebagai subjek. Filem seperti Mat Kilau (2022) dan Munafik 2 (2018) yang diarahkan oleh pengarah yang
sama iaitu Syamsul Yusof, dalam melihat keberkesanan ideologi yang diserapkan menerusi kedua-dua
filem tersebut. Di samping itu, kedua-dua filem ini mempunyai persamaan yang sama iaitu memungut
kutipan pecah panggung serta menjadi filem pecah panggung Malaysia yang menduduki tangga pertama
dengan kutipan yang tertinggi pada tahun yang disiarkan. Dari sudut ideologi, esei ini lebih memfokuskan
kepada aspek pemikiran pengarah tersebut menerusi filem yang dipilih dalam memberikan refleksi serta
mempengaruhi pemikiran penonton malah mampu mempergiatkan usaha tarikan dan peningkatan
pemasaran kepada filem tersebut. Justeru, hasil dapatan menerusi kajian esei ini meyakini dan penulis
menghujahkan bahawa elemen ini dilihat mampu serta berupaya dalam memberikan cerminan kepada
tarikan minat khalayak untuk menonton kedua-dua filem ini dan menjadikan ia filem-filem yang pecah
panggung di Malaysia.
Kata Kunci: Pengaruh; Ideologi; Gaya; Pengarahan; Filem; Malaysia;
International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago (COLLEGA 2023) Page - 575 -

